Salam sejahtera,
Blog ini akan berpindah secara automatik ke laman blog saya di http://hilalazmi.blogspot.com
Segala kesulitan amatlah dikesali & teruskan membaca blog saya .
Sekian. Assalamualaikum..
Sunday, September 7, 2008
Saya berpindah...
Posted by lAl at 12:49 PM 0 comments
Labels: Memo
Thursday, September 4, 2008
Roh Ramadhan..
Alhamdulillah, kini tiba bulan Ramadhan.Satu bulan penuh berkat bagi muslimin dan muslimat seluruh dunia. Sejak bermulanya Ramadhan, ramai terlihat mahasiswa berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid. Tidak kurang ramainya kakitangan UMS dilihat meramaikan masjid UMS untuk menginsafi dan meraikan malam-malam penuh rahmat di bulan Ramadhan..
Diharapkan segala roh yang muncul dalam hati setiap insan ini dapat dihayati dan diamalkan sepanjang tahun..Apa yang penting, diharapkan segala kesalahan, kekurangan, penyelewengan (xkira wang mahasiswa mahupun wang rakyat) yang dilakukan dapat kita taubat sebelum terlambat.Roh Ramadhan ini akan terus menyinari jiwa dan hati semuanya..Insyaallah...Salam Ramadhan untuk semua pembaca...
Posted by lAl at 11:19 PM 0 comments
Saturday, August 30, 2008
Persoalan & kenyataan.
salam sejahtera kepada semua pembaca budiman,
Banyak isu mula timbul sejak kebelakangan ni. Tak kira isu melibatkan mahasiswa UMS, isu melibatkan MPP mahupun isu melibatkan UMS sendiri. Namun, sebagai manusia yang hidup untuk mati, kita kena tetap meneruskan perjuangan hidup kita.
Dalam meneruskan perjuangan ini, kita kena paham apa itu persoalan yang mewujudkan isu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang.Mari kita lihat satu per satu.
Bila seseorang memberikan satu persoalan, contohnya "adakah benar, MPP tahun nie lemah & asyik sahaja memikirkan untuk membuat program?" Ini xsemestinya memberi kita maksud bahawa individu yang mengeluarkan persoalan ini telah memberikan kenyataan berikut "MPP tahun nie suka buat program ja, kebajikan student xnak fikir langsung". Bukankah pertuduhan begini boleh kita katakan sebagai fitnah???Biar pembaca sendiri yang analisis perkara ni.
PErkara ke 2, mengenai kenyataan yang dikeluarkan dalam blog, terutamanya blog INI.Telah saya sentuh di bhagian paling bawah blog ini bahawa "Semua entry yang dimuatkan dalam blog ini adalah dari pendapat pihak saya sebagai Perwakilan Mahasiswa. Pendapat ini tidak boleh dikira sebagai pendapat rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008". Justeru itu saya begitu mengharapkan agar semua pembaca xperlu menaikkan isu yang remeh apabila membaca hasil nukilanm saya di sini. Saya harap, kita sebagai warga yang tinggi intelektual perlu membuat analisis dengan penuh kritikal sebelum membuat sebarang kenyataan. Yang penting, jangan takut kiranya kita berada pada jalan yang benar. Insyaallah Allah bersama orang yang benar.
Sempena kedatangan ramadhan ini, mari sama-sama kita bertaubat & beribadah bagi lebih untuk menghapuskan segala dosa dan kumpul balik pahala.
Sekian, assalamualaikum..
Posted by lAl at 12:47 AM 1 comments
Labels: Pendapat
Friday, August 29, 2008
Bila kita diperhatikan...
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.
Hari ini saya dikejutkan dengan satu panggilan yang mengatakan bahawa saya bakal diambil tindakan berkenaan entry dalam blog saya. Begitu juga nasib yang diterima oleh beberapa MPP lain berkenaan isu ini.
Pada pendapat saya, isu yang kami keluarkan dalam blog bukanlah satu isu yang saja-saja ataupun atas dasar ingin memalukan sesiapa. Apa yang ditimbulkan ialah realiti yang wujud dalam kampus mahupun dalam negara kta. Selaku mahasiswa yang prihatin, saya cuba untuk berkongsi dengan sahabat siswa siswi yang lain berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan.
Mungkin juga pihak tertentu agak "berminat" dengan isu yang kami timbulkan. Itulah sebabnya mereka ini sangat menekan kami sehinggakan ada beberapa blog MPP yang terpaksa ditutup. Biarlah, kami ini hanya ingin membuktikan kepada semua bahawa kami ini buat keja dan reaktif dengan isu semasa.
Wujud juga tohmahan bahawa bloggers MPP ni sebenarnya telah memalukan UMS dengan mengetengahkan isu keburukan UMS. Kita asyik sahaja dibuai dengan "mimpi indah" berkaitan UMS. UMS ada dewan yang besar, landskap yang cantik juga x dinafikan UMS ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu mempunyai kampus yang dihuni oleh bilangan kaum yang paling banyak di Malaysia. Jadi, kalau kita asyik saja berbangga dengan kecantikan fizikal UMS, sedangkan mahasiswa UMS ni asyik saja DITUDUH xaktif dan sebagainya, di mana suara mahasiswa nak lontarkan? Setakat ni berapa banyak peluang yang diberi oleh pihak tertentu untuk membolehkan mahasiswa bersuara?
Kalau ada MPP sekalipun, selama nie, brapa banyak komplen dari MPP yang didengari dan diambil perhatian dengan serius? Kalau bukan isu kemalangan dan kematian, jangan haraplah...
Jadi, saya mengharapkan agar segala isu yang diketengahkan ini diambil positif oleh pihak yang memerhatikan kami. Ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa. Cuma untuk kebaikan UMS. Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan sementara waktu sedangkan masa depan kita tergadai.
Sekian, salam perjuangan!
Posted by lAl at 12:32 AM 2 comments
Labels: Pendapat
Wednesday, August 27, 2008
Keputusan Pilihanraya P44 Permatang Pauh.
PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH
Jumlah Daftar Pemilih: 58,459
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi 47,258
Peratus 81 peratus
Undi rosak 447 undi
Majoriti 15,671 undi.
Penyandang:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi:30,348
Majoriti:13,398
—BERNAMA
Posted by lAl at 12:22 AM 0 comments
Labels: Malaysia
Monday, August 25, 2008
Gambaran semasa di Parlimen Permatang Pauh..
Semalam saya berkesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan rumah skitar kawaan Seberang Jaya untuk melihat suasana kempen pilihanraya kecil yang mengHANGATkan satu Malaysia. Apa yang menarik, pilihanraya kecil ni telah mencipta sejarah tersendiri sehinggakan Pulau Pinang diisytiharkan sebagai CUTI UMUM pada esok hari 26 Ogos 2008. Berikut beberapa gambaran untuk tatapan anda sekalian.
Nie semua situasi semasa ceramah DSAI di Taman Sembilang, Seberang Jaya semalam.
border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5238368492780023826" />
Ni plak gambaran petang tadi, semasa sempat meronda kawasan seberang jaya.
Nie ada sket sedutan ceramah DSAI di Sembilang.
Dari semua gambaran ni, kita boleh tgk betapa panasnya keadaan di sini skarang...Saya akan update esok tengahari tentang keadaan semasa hari pembuangan undi....ok..sekian..
Posted by lAl at 2:01 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Friday, August 22, 2008
Adakah kita cukup bebas??
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kali ni saya nk berkongsi sket pengalaman yang saya dapat semasa Program Pengantarabangsaan MAKLUM ke Indonesia baru-baru nie. Apa yang saya dapat dalam gerakan mahasiswa di Indonesia, mereka ini sangat bebas. Bebas di sini bukanlah bermaksud gerakan mereka ini x tertakluk bawah akta yang digubal kerajaan mereka. Tetapi, mereka ini sangat bebas dari mana-mana parti politik yang ada di sana. Jadi, sebarang bentuk gerakan di sana jauh sekali dari sudut mana-mana parti politik yang ada. Mungkin juga kerana jumlah parti politik berdaftar yang ada di Indonesia jauh lebih banyak berbanding di Malaysia.
Selain tu, apa yang dapat disimpulkan dari hasil dapatan semasa di Indonesia, gerakan mahasiswa di Malaysia ni seharusnya membebaskan pemikiran masing-masing dari provokasi politik mana-mana pihak ak kira dari pihak kerajaan pemerintah mahupun dari pihak yang akan memerintah (pembangkang). Ini penting dalam memastikan gerakan mahasiswa di sini menjadi lebih matang dan lebih banyak idea baru dapat dijana untuk kebaikan rakyat Malaysia 10 tahun akan datang. Jangan pula bebas sehinggakan hubungan kita dengan pemimpin parti politik menjadi retak sudah la..Sekian..
Posted by lAl at 3:37 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Wednesday, August 20, 2008
Semangat Konvo...
Hari ni rasmi la sudah Pesta Konvo UMS untuk Majlis KOvokesyen ke 10 UMS.
Pada pandangan saya, pesta ni bertujuan untuk meraikan graduan UMS yang akan bergraduan dalam 3 sidang yang akan diadakan hujung minggu nie. Selain itu, pesta konvo bukan sekadar satu pesta yang dibuat untuk bersuka ria dengan pertandingan yang diadakan mahupun jualan gerai di sini.
Tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat mahasiswa yang sedang belajar di sini untuk lebih berusaha meningkatkan prestasi akademik masing-masing.Selain itu, semangat konvo ini juga wajar digunapakai dalam memastikan kta dapat mencapai ijazah yang berkualiti bila sampai masanya kelak.
Justeru itu, jom kita reramai insaf dengan kehadiran pesta konvo kali ni.Insyaallah dengan keinsafan kali ni dapat memberikan satu nafas baru dalam kita berjuang di sini.
Untuk rakan-rakan sekalian, mari kita sama-sama doakan agar semua graduan UMS yang akan bergraduan hujung minggu ni akan diberikan limpah rezeki selepas konvo ni.Semoga kita sama-sama dapat mengecapi kejayaan dan keberkatan dariNYA.
Posted by lAl at 3:48 PM 2 comments
Labels: Pendapat
Saturday, August 16, 2008
Kisah Hedonisme..
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua,
Hari ni nak bincang berkenaan isu acara hiburan yang kian membuak-buak di UMS.. Kronologinya bermula dengan Konsert Anuar Zain bersama dengan Deja Moss, diikuti pula dengan konsert Hujan yang xkurang mantap juga sambutannya... Kini dalam tempoh yang xkurang seminggu lagi, insyaallah akan ada lagi aktiviti-aktiviti keseronokan yang melalaikan di UMS...
Tidak dinafikan, dalam kehidupan manusia kita memerlukan hiburan dalam memastikan aktiviti kemanusiaan kita tidak terjejas. Namun, sekiranya ia berlaku secara berlebihan besar kemungkinan ia akan memudaratkan pihak kita..
Di sini saya cuba untuk membincangkannya secara lebih adil. Selalunya, bila kita bincang isu hiburan ni, pertuduhan secara rasmi akan dikenakan kepada "budak masjid" ataupun label terbaru di UMS, "budak ISEUMS" yang akan membuat tentangan. Mungkin saya langsung x layak untuk dikatakan sebagai budak masjid. Tapi, kepentingan hiburan ni kita kena tengok dari sudut yang positif.
Dalam Pelan Strategik PMUMS, telah digariskan bahawa kami di pihak MPP mahupun pimpunan mahasiswa yang lain, kami akan menyokong semua aktiviti kemahasiswaan yang berasaskan akademik dan peningkatan sahsiah. Sekiranya ia tidak berlandaskan perkara yang disebutkan, maka kami wajar untuk bertindak tanpa mengira samada saya ni budak masjid atau x.
Saya bagi contoh, kalau kita demam, preskripsi ubat yang akan diberi doktor ialah pil paracetamol 2 biji sehari. Tapi, kalau kita mengambil dos yang berlebihan, demam xmungkin kebah. malah, ia akan lebih memudaratkan..Ini contoh yang saya rasakan cukup kuat untuk membuktikan bahawa hiburan yang terlampau jika dianjurkan di UMS ni pasti membawa kemudaratan.Tuhan telah menciptakan manusia dengan beberapa entiti utama seperti roh, nafsu dan juga jasad.
Sebab ada nafsu, kita perlukan hiburan. Namun,kalau kita xda nafsu, mustahil kita ini digelar sebagai manusia kerana MANUSIA = JASAD + ROH + NAFSU. Xda salah satu entiti bukan manusia namanya.
Selain itu, kiranya hiburan yang terlampau ini berlaku di sini, mahasiswa di sini pasti akan mudah terlupa dengan perjuangan sebenar mereka masuk ke sini. Kita juga mungkin akan terlupa dengan apa yang perlu kita pentingkan dalam satu-satu masa. Saya sendiri pernah mencuba kehidupan yang penuh dengan hiburan selama seminggu, apa yang berlaku, saya jadi lebih lemah dari biasa. Malah, saya rasakan saya xmampu untuk berfikir secara lebih agresif & aktif.
'
Kesimpulannya, kepada rakan mahasiswa yang ada di UMS, anda perlu faham akan kepentingan hiburan dan kesan hiburan dalam kehidupan kita. Kadang-kadang tue berhibur biarlah hiburan sambil ingat akan kematian.. mungkin ni kaedah hiburan yang tampak menarik tapi menginsafkan..
Posted by lAl at 9:00 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Friday, August 15, 2008
Caj PTPTN 1% sahaja...
Salam sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya resolusi MPPK (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan) yang dikemukan dalam mesyuarat MPPK baru-baru ini telah membuahkan hasil. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan caj perkhidmatan PTPTN dari 3% kepada 1 % sahaja. Caj perkhidmatan ini sebenarnya telah melegakan banyak pihak terutamanya mahasiswa yang membuat pinjaman melalui Perbadanan ini. Kejayaan ini telah membuktikan betapa Majlis Perwakilan Pelajar seluruh Malaysia telah berjaya menjalankan fungsinya dalam memastikan kepentingan mahasiswa terjaga dan rintihan mahasiswa sentiasa didengari oleh pimpinan tertinggi kerajaan.
JAdi, kepada rakan-rakan mahasiswa, jangan lupa untuk teruskan sokongan kepada pihak kami untuk memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah masa depan.
Posted by lAl at 2:29 PM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Thursday, August 14, 2008
10% yang membahayakan...
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sampainya saya dari kota Jakarta terus kami delegasi mahasiswa MAlaysia dikejutkan dengan berita dari Utusan & Berita Harian berkaitan cadangan dari Menteri Besar Selangor untuk dibuka kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera bagi kemasukan ke UiTM..
Isu nie telah membangkitkan kemarahan beberapa pihak yang terus saja melatah. Saya pada mulanya ikut melatah apabila membaca isu ini.Tapi, demi menjaga kredibiliti mahasiswa, saya terpaksa menahan diri untuk diam dahulu. Kini saya tampil untuk menyatakan pendirian saya berkenaan cadangan MB Selangor ini.
Pada pendapat saya cadangan ini tidak wajar diambil peduli oleh kabinet sekarang mahupun kabinet akan datang(pakatan DSAI mungkin jadi mungkin x). Ini kerana tujuan utama UiTM diwujudkan ialah bagi memastikan jurang sosial antara kaum di Malaysia dapat dikurangkan lantas memastikan perpaduan di Malaysia terus kukuh. Cadangan untuk dibuka kuota sebanyak 10% ini sebenarnya telahpun diaplikasikan kepada pengambilan pelajar MRSM yang kononnya untuk memastikan wujudnya persaingan yang sihat yang mampu meningkatkan prestasi pelajar MRSM seluruh Malaysia. Apa yang kita lihat, prestasi pelajar di MRSM seluruh Malaysia masih kekal sama malah langsung tidak berlaku sebarang peningkatan mendadak ataupun kenaikan dalam prestasi keputusan peperiksaan pelajar MRSM. Jadi, adakah cadangan ini masih boleh dikatakan relevan untuk diaplikasikan di peringkat UiTM????
Selain itu, untuk membincangkan isu ini, kita tidak sepatutnya melihat dari sudut politik. Kalau ingin mengatakan pihak Pakatan Rakyat cuba untuk menjual Kedudukan Istimewa Melayu kepada golongan bukan bumiputera, pada saya pemimpin Barisan Nasional juga turut banyak telah "menjual" Kedudukan Istimewa ini bagi mengambil hati atau memancing undi masyarakat bukan bumiputera di Malaysia. Jadi, sebagai pembawa ideologi orang muda, perlu kita pastikan di sini agar sebarang cadangan yang cuba dikemukakan di peringkat kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat pastikan ianya x mencetuskan kekacauan antara kaum.
Pada saya, percubaan ini mungkin akan memberikan "hadiah" yang sangat teruk kepada sambutan kemerdekaan Malaysia ke 51. Pertahankan kemerdekaan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Semoga Malaysia terus gemilang.
Posted by lAl at 11:03 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Saturday, August 2, 2008
Tegur dengan cermat, ingat orang tersayang..
Salam sejahtera untuk semua pembaca, entry kali ni saya nk bincangkan isu berkaitan teguran yang membina. BAru-baru ini saya terbaca melalui chatbox pada blog presiden MPP kita bahawa ada satu pelajar yang kurang senang dengan teguran yang dibuat oleh PSM (Pembimbing Suai Mesra) ke atas seorang pelajar ni. Katanya dia membacakan satu ayat yang dipetik dari Al-Quran sebagai fakta sokongan dalam memberi teguran kepada budak ni. Rupa-rupanya pelajar tersebut pelajar non-muslim.
Saya selaku salah seorang PSM ingin memohon sejuta kemaafan kepada pelajar ini. Pada pendapat saya kaedah menegur sebegini boleh dianggap tidak menghormati pelajar tersebut. Ini kerana dalil (atau fakta) yang diambil dari Al-Quran sesuai digunakan untuk membuat teguran kepada Muslim sahaja. Biarpun Islam merupakan satu agama yang universal dan satu cara hidup yang wajar diikuti oleh semua umat manusia, kita perlu juga faham & hormat kepada penganut agama lain. Kalaupun nak gunakan juga dalil dari Al-Quran, pastikan teguran yang dibuat itu jelas & tidak memihak kepada satu pihak sahaja.
Saya rasa perlu untuk ketengahkan isu ini kerana saya gusar & risau sekiranya berlaku "clash" antara penganut agama di UMS ni. Kalau kita mau tegur sekalipun, mungkin ada cara yang lebih baik & berkesan yang boleh kita gunakan untuk tegur. Jadi, diharapkan kepada mana-mana pihak yan terasa, dan mungkin mana-mana pihak yang akan menegur orang selepas ini, saya pohon agar kita sentiasa menjaga sensitiviti yang perlu kita bataskan untuk memastikan kehidupan kita lebih selamat, aman dan makmur di bumi Sabah yang indah ini.
Sekian...
Posted by lAl at 10:32 AM 3 comments
Labels: Pendapat
Thursday, July 31, 2008
Memo PTPTN...
1. Kepada pelajar dalam senarai (dilampirkan yang telah membuat aduan berkenaan dengan masalah PTPTN [kata lauan]) Sila rujuk penyelesaian masalah anda seperti dalam lampiran.
2. Bagi pelajar yang belum membuat permohonan secara online, anda masih boleh membuat permohonan. TArikh tutp permohonan pada 6 Ogos 2008. Kepada pelajar yang mempunyai masalah dengan kata laluan dan kad pengenalan mohon untuk membuat aduan segera ke Pejabat HEP sebelum 6 Ogos 2008.
3. Sesi kutipan bagi kelompok 2, 3, & 4 akan diadakan pada 6 hingga 9 Ogos 2008 bertempat di Bilik Seminar Anjung Siswa HEP jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi pelajar yang ingin membuat pengesahan perjanjian dan dokumen bolehlah mendaatkan pengesahan mulai hari ini di HEP. Sesi kutipan mengikut kelompok masing-masing dan senarai nama pelajar.
4. Pelajar dalam senarai (yang mendapat tajaan PTPTN & JPA) mohon datang ke Pejabat HEP di Anjung Siswa dengan segera.
* Setiap lampiran senarai nama ada dilekatkan di kawasan berikut:
1.Kolej AB & Kolej CD: Papan kenyataan di "bustop" depan kafe.
2.Kolej E: Papan Kenyataan Depan Pejabat HEP Kolej E.
3.Papan Kenyataan Library.
Sekian, Harap Maklum.
Pesanan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Posted by lAl at 10:25 PM 1 comments
Labels: Memo
Wednesday, July 30, 2008
Rumusan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia 2008.
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah, berakhir sudah Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT Malaysia kali ke-15. Juaranya seperti yang kita ketahui UiTM. Naib Juara pula jatuh kepada UIAM.Pertandingan debat kali ini telah diwakili oleh 24 IPT dari seluruh Malaysia yang berlangsung bermula 26 Julai 2008 yang lalu.
Laluan bagi pasukan debat UMS sekali lagi terkandas semasa bertemu dengan pasukan UM. Masuk kali ini dah lebih 8 kali jaguh debat UMS berjumpa dengan pasukan UM dan tidak pernah lagi pasukan UMS berjaya mengalahkan pihak UM. Justeru itu, mungkin ada hikmah di sebalik "terkandasnya" pasukan debat UMS kali ini. Apa yang penting sekarang, kita perlu gandakan usaha untuk kembali memartabatkan nama UMS di arena debat intervarsiti.
Kepada peserta-peserta debat, sekiranya ada masalah atau kesusahan yang dialami sepanjang penganjuran kami sebagai tuan rumah kali ini, kami pohon sejuta kemaafan. Seperti kata pepatah, "mustahil kalau diadakan kenduri, tiada pinggan yang pecah". Diharapkan segala yang berlaku di sini telah menjadi sejarah yang boleh dikongsikan bersama di masa depan.
Tahniah juga diucapkan kepada bahagian pelaksana di bawah seliaan saudara Afiq, Exco Sains & Alam Sekitar MPP. Segala kerjasama & penat lelah anda ini pasti memeberikan lebih banyak ilmu & pengalaman berguna untuk anda terus menceburkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan di UMS. Semoga UMS terus "bertekad cemerlang".
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.
Sekian.
Posted by lAl at 7:38 AM 2 comments
Labels: Program
Tuesday, July 29, 2008
Komplen... Komplen... Komplen..
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Ini isu yang agak hangat dan mampu menghangatkan bagi sesiapa yang berada di kerusi MPP. Pihak kami akan sentiasa mendapat aduan atau bahasa yang selalu digunapakai "komplen" yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris complain...
Jadi, satu inisiatif yang mantap telah diambil oleh Saudara Choong Jian Ming & Saudara Farizul dari Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar (Exco 3P), iaitu mereka telah mula keluarkan borang aduan yang bercop MPP untuk memudahkan mahasiswa membuat aduan kepada pihak kami agar lebih mudah untuk kami meneliti permasalahan yang berlaku di kampus UMS ini.
Untuk mendapatkan borang aduan tersebut, anda semua bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkannya di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Tinkat 1, Banggunan Anjung Siswa. Untuk pertanyaan lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian terus saudara Choong Jian Ming di talian 016 483 6717 atupun berhubung terus dengan saudara Farizul 017 819 2610.
Untuk pengetahuan rakan siswa siswi sekalian, kami banyak menerima aduan yang meliputi pelbagai masalah perkhidmatan pelajar. Apa yang melambatkan keadaan, pihak kami tiada bukti hitam putih (black & white) berkaitan aduan yang dibuat. Biasanya aduan ini dibuat hanya sekadar cakap-cakap sahaja. Jadi, bagi membolehkan kami membuktikan kepada pihak pengurusan universiti, anda semua diharapkan dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan membuat aduan melalui ruang yang telah kami sediakan ini.
Diharapkan dengan ruang sebegini mampu memastikan kebajikan & perkhidmatan untuk kita sentiasa terjaga dan berkualiti semi memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah.
Sekian, buatlah aduan dengan bijak.
Posted by lAl at 4:50 PM 4 comments
Labels: Mahasiswa
Sunday, July 27, 2008
Anugerah Akademik Negara 2007 @ PICC.
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Akhir sekali, apa yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung ialah idea yang saya dapat untuk membolehkan saya lebih kreatif dalam memberikan lebih banyak peluang untuk anak Malaysia dalam menghasilkan kajian yang kritis dan kreatif setanding dengan anak-anak dari negara maju yang lain. Insyaallah.
Posted by lAl at 11:16 PM 0 comments
Labels: Program
Monday, July 21, 2008
Perjuangan vs Profesionalisme
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari ini just nk share dengan semua pemca berkaitan isu yang mula hangat diperkatakan oleh pihak tertentu ke atas saya. Kita sering melalak dan melaungkan kata-kata perjuangan yang kononnya untuk memastikan kita sentiasa berjaya membawa nama baik UMS di peringkat intervarsiti. Namun, bila satu pasukan yang "kuat" asyik menjadi perhatian pihak pengurusan dalam membuat pilihan perwakilan yang terbaik untuk membawa nama UMS.
Kita biarkan sebentar isu ini. Bila kita bercakap isu profesionalisme pula, mesti ramai yang terkejut dengan kes-kes penyelewengan yang dilakukan oleh golongan intelek & profesional. Jadi, jangan terkejut sekiranya kes ini berlaku walaupun dengan orang yang paling dekat dengan kita.
Justeru itu, kalaulah kita ini betul-betul inginkan satu roh perjuangan yang betul2 ikhlas dan ingin melihat kejayaan yang akan dicapai itu berterusan, pastikan setiap tindak tanduk kita, keputusan yang dibuat. Memberikan satu kesan yang terbaik untuk generasi yang sedia ada mahupun generasi pelapis yang ada di UMS ini. Kalau kita hanya mahukan SATU kejayaan sahaja. Mungkin bolehlah teruskan dengan "keadah sedia ada" yang boleh memberikan kejayaan sementara yang pasti akan dicanang seluruh pelusuk Bumi ini.
Sekian..
Posted by lAl at 4:08 PM 6 comments
Labels: Pendapat
Sunday, July 20, 2008
Program Rehlah PMUMS..
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Just nk share beberapa gambar masa program Rehlah PMUMS anjuran Exco Sukan & Rekreasi. Biarpun sambutan x berapa menggalakkan, tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik & sangat seronok..
Nie antara muka yang sempat menghadirkan diri.
Mat Nor ketika membaling bola..
Posted by lAl at 3:27 AM 4 comments
Labels: Program
Saturday, July 19, 2008
Kenapa di waktu malam??
Assalamualaikum...
Kenapa waktu malam??
Mungkin kerana semua orang "free" dan tidak bekerja...
Mungkin juga orang ramai x dapat menikmati kehidupan yang sejuk & selesa.
Mungkin kerana pihak penganjur boleh memberikan "effect" yang menarik melalui bantuan pencahayaan lampu neon.
Di situ kita boleh lihat macam-macam...
Di situ kita boleh tengok banyak 'air kencing'...
Di situ kita boleh lihat banyak asap...
Di situ kita boleh lihat banyak pergaulan yang "sihat"..
Di situ kita boleh lihat banyak ciuman..
Di situ kita boleh lihat banyak pelukan..
Banyak anak bangsa khayal dengan "4 minutes"...
Banyak anak bangsa goyang kepala..
Banyak anak bangsa goyang bahu..
Banyak anak bangsa goyang pinggul...
Banyak juga anak bangsa goyang segala-galanya...
Bila matahari mula terbit..
Semua mula pulang...
Sampai terlupa bahawa Subuh merupakan permulaan hari...
Balik saja terus terlena..
Esok sambung lagi....
Posted by lAl at 1:45 PM 0 comments
Labels: Karya Kreatif
Friday, July 18, 2008
Debat Khas Datuk Ahmad Sabery Chik & Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Debat khas yang dianjurkan oleh Agenda Daily ini menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Tajuk perdebatan ialah "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Perdebatan satu lawan satu ini merupakan satu perdebatan yang amat menarik pada pemerhatian saya. Juga dijemput wakil dari pihak Datuk Ahmad Shabery Chik, iaitu Tan Sri Nordin Kardi. Manakala di pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewakilkan En Zulkifli Sulong sebagai wakil untuk bertanyakan soalan.
Kesimpulannya, pada saya kalau ini merupakan pertandingan debat yang sebenar, DSAI yang menang. pertamanya kerana Konsep yang telah diikat pada awal perdebatan telah dihujahkan dengan kemas oleh beliau dari awal sehingga akhir perdebatan. Saya tidak akan hairan sekiranya beliau mampu untuk menang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.
Di pihak DASC pula, saya amat berbangga dengan keberanian beliau sebagai "menteri junior" dalam kabinet 2008 ini yang sanggup menghadapi cabaran untuk berdebat dengan DSAI yang memang diketahui kehebatannya dalam berdebat. Namun, apa yang mengecewakan ialah keupayaan beliau dalam berhujah dan menjawab pertuduhan DSAI terhadap kerajaan. Pada saya beliau tidak mampu untuk meyakinkan seisi penonton samada di studio mahupun di rumah bahawa kerajaan telah melakukan perkara yang terbaik demi kebajikan rakyat. Keraguan dalam tindakan kerajaan yang ditimbulkan oleh DSAI juga tidak dapat dijawab dengan baik. Hanya meragukan kes DSAI dengan mengimbau kembali sejarah silam DSAI sahaja tidak cukup kuat untuk mendapat kembali keyakinan rakyat.
Sekian, itu sahaja pendapat yang dapat saya utarakan buat masa ini. Ucapan syabas & tahniah kepada kedua-dua pendebat dan juga pihak penganjur yang berjaya membuat kelainan untuk memastikan rakyat lebih faham dengan apa yang cuba diperjuangkan oleh Wakil Rakyat.
Posted by lAl at 3:21 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Thursday, July 17, 2008
Anwar ditangkap lagi..
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Petang ni saya terbaca berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan ketika perjalanan pulang ke rumahnya selepas memberi keterangan kepada pihak BPR. Berita melaporkan bahawa Anwar ditahan pada jam 1.00 petang untuk memberi keterangan mengenai kes liwatnya ke atas Saiful Bahari, bekas MPP UniTEN.
Ikuti berita selanjutnya di Utusan Online (www.utusan.com.my).
Sekian..
Posted by lAl at 7:36 AM 0 comments
Labels: Program
Wednesday, July 16, 2008
Universiti Mimpi Selalu ---> UMS
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kali ni saya nk kupas berkenaan masalah "kegersangan" UMS dalam mengecapi kejayaan di arena debat peringkat IPT. Untuk pengetahuan pembaca, UMS akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar IPTA 2008. Justeru itu, pendebat UMS diberi tanggungjawab yang amat besar kerana mereka ini perlu memastikan kejuaraan menjadi milik UMS pada pertandingan kali ini.
Akan tetapi, apa yang mengecewakan pihak saya ialah, faktor pemilihan pendebat UMS itu sendiri. Kaedah yang digunakan seolah-olah menidakkan maruah & penat lelah pendebat generasi baru UMS. Tindakan yang dibuat juga seolah-olah menunjukkan latihan yang dibuat "setengah mati" tidak mampu memberikan keyakinan di pihak jawatankuasa pemilihan pendebat untuk dijadikan wakil pendebat UMS.
Satu langkah "bijak" yang diambil ialah dengan mengambil "pendebat tua" yakni pendebat yang menunggu masa untuk konvo pada Ogos nanti. Kononnya "pendebat tua" ini bakal mejuarakan UMS nanti atas kehebatan yang ada pada mereka ini.
Saranan saya untuk pendebat generasi baru, pastikan hak & maruah anda sentiasa terjaga! Jangan terus menghambakan diri kepada perkara yang xkan memberikan masa depan yang gemilang untuk anda. Kerana segala perkara yang berlaku dalam dunia debat UMS sekarang menunjukkan mimpi yang xkan menjadi realiti. Percayalah..
Sekian..
Posted by lAl at 4:17 PM 2 comments
Labels: Pendapat
Saturday, July 12, 2008
Tabung PMUMS...
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Setelah lama berusaha, hari ini alhamdulillah saya dapat menyiapkan laporan kewangan yang lengkap untuk anda semua berkenaan dengan perbelanjaan tabung PMUMS yang diamanahkan kepada kami di pihak MPP untuk menguruskannya.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 dalam peruntukan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah. Perkara 52 (12) telah menyatakan bahawa "MPP boleh menyelenggara Suatu kumpulan wang Persatuan yang terdiri daripada yuran yang dibayar oleh ahli Persatuan"
Juga dalam Perkara 52, disebutkan dalam subseksyen (14) bahawa "Kumpulan wang Persatuan boleh dibelanjakan untuk membayar kos pentadbiran Persatuan, termasuk kos mengaudit akaunnya, dan untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada apa-apa yang dijalankan oleh Persatuan bagi melaksanakan tugas & fungsinya yang dinyatakan dalam subseksyen (10).
Berikut ialah laporan yang dapat saya sampaikan untuk tatapan anda semua. Untuk laporan secara terperinci, kami di pihak MPP tak dapat untuk paparkan kerana terikat dengan OSA (Organization Security Act) yang meminta untuk kami menyimpan data perbelanjaan mahupun minit mesyuarat sebagai dokumen yang "terpelihara". Harap pembaca dapat memahami keadaan & situasi yang kami hadapi sekarang.
Semoga dengan laporan ini dapat memberikan kepada anda tentang gambaran sebenar bahawa peruntukan yang ada di pihak kami tidaklah begitu banyak. Kami hanya memberikan apa yang termampu untuk kelangsungan gerakan mahasiswa di UMS.
Sekian, terima kasih.
Posted by lAl at 11:16 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Pelajar Sekolah Sains Teknologi Meninggal.
Assalamualaikum & Salam sejahtera ...
Hari ni saya menerima berita yang agak menyedihkan.. Seorang pelajar Tahun 2 Sekolah Sains & Teknologi dari program Sains Sekitaran telah meninggal dunia kerana mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Setelah sampai di hospital Queen Elizabeth jam 2.30 petang, sesi post-moterm telah selesai. Ibubapa pelajar tersebut turut ada.. Keadaan sangat menyedihkan.
Pesanan untuk rakan-rakan siswa UMS, sekiranya berlaku sebarang kesakitan dan sindrom yang membahayakan kesihatan anda, harap anda terus merujuk ke hospital atau pusat kesihatan.
Ucapan takziah untuk keluarga Ng Ai Chen. Semoga roh terus mendapat tempat yang baik di sana.
Posted by lAl at 10:55 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Friday, July 11, 2008
Lawatan Muhibbah Sekretariat Kebajikan Kolej UKM.
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari nie kami menerima lawatan dari 17 orang delegasi dari UKM. Lawatan mereka ke sini sebenarnya untuk mendapatkan & mengumpul sebanyak mungkin pengalaman di Sabah. Hari ini merupakan hari pertama dan antara destinasi pertama ialah UMS. Ini merupakan satu kunjungan bersejarah pada pendapat kami di MPP UMS, kerana biasanya lawatan ke UMS nie merupakan lawatan penutup untuk kunjungan IPT yang datang ke Sabah ini. Tapi kali ini, kunjungan dari Sekretariat Kebajikan Kolej ini menjadikan UMS sebagai destinasi pertama untuk mereka lawati.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.
Posted by lAl at 7:11 AM 0 comments
Labels: Program
Thursday, July 10, 2008
PTPTN terpotong lebih?
Alhamdulillah, pada hari Selasa,8 Julai 2008 semua pelajar tahun 2 ke atas di UMS ni telah dimasukkan wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) masing-masing.
Maka ramailah yang dah mula keluar ke 1 Borneo, shopping di KK dan ada juga yang mula merancang untuk memastikan tiada masalah kewangan di masa depan.
Akan tetapi, banyak persoalan yang diajukan kepada pihak saya dan MPP yang lain. Kenapa ada pemotongan yang dipotong lebih???? Ada yang menuduh Jabatan Bendahari UMS telah "makan" duit student. Ada jugak siswa yang tanya saya kenapa ada pemotongan sampai RM400??
Sebenarnya, pemotongan yang lebih bukan kerana kenaikan yuran di UMS. Akan tetapi, pemotongan tersebut (dalam kadar RM100 - RM400)adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh pihak PTPTN untuk bayaran insurans pinjaman. Relevan bayaran insuran ini adalah untuk jaminan perlindungan semasa kita sebagai siswa meminjam melalui PTPTN.
Diharapkan penerangan ni dapat merungkaikan segala kekusutan di pihak mahasiswa...
Sekian, wassalam..
Posted by lAl at 12:48 PM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Wednesday, July 9, 2008
NC baru, kafe baru...
Salam sejahtera untuk semua,Isu pertama timbul selepas bermulanya kepulangan semula siswa siswi di UMS ni adalah berkaitan dengan KAFETARIA. Terutama yang berada di kafe kolej Anugerah Bestari & Kolej Cemerlang Dinamik.
Sistem tender kafe yang baru memberikan pandangan pertama yang agak teruk untuk mahasiswa di kolej Cemerlang Dinamik (Kolej CD). Kualiti makanan yang dihidangkan agak mengecewakan. Sistem tender baru ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pihak kafe dapat menjaga kebersihan di kafe dengan baik di samping menambah pendapatan pengusaha kafe untuk "sub kontrak" kepada peniaga kecil lain yang berminat untuk berniaga di sini.
Mungkin juga pihak pengusaha kafe ini agak baru dalam mengusahakan kafe di UMS ni. Tapi keperluan mahasiswa di sini sangat banyak. Kalau kafe asyik sahaja mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan terbaik, maka saya di pihak mahasiswa xkan teragak-agak untuk meminta agar pengusaha kafe ini ditukar.
Kepada rakan-rakan mahasiswa, kita berikan pengusaha kafe ini peluang untuk tempoh 2 atau 3 minggu lagi untuk menjadi lebih baik dari yang ada sekarang.Kalo, xberlaku sebarang perubahan, kita akan lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.
Semoga kita sama2 dapat perkhidmatan yang baik di UMS ni..
Sekian..
Posted by lAl at 8:10 PM 1 comments
Labels: Mahasiswa
Monday, June 30, 2008
Lebih baik lengkapkan IPTA dengan Wi-Fi
Setiap perkara ada pro dan kontranya. Kedua-duanya perlu melalui satu proses rundingan. Semestinya jika ditanya kepada pihak franchisee, akan tiada kesan negatifnya, kerana mereka ialah pihak 'pembuat untung".
Tidak terkecuali juga, ada pelajar yang akan menggunakan wang PTPTN untuk tujuan tersebut.
Harus diingat, walaupun kerajaan telah meluluskan RM3 bilion peruntukan PTPTN, tetapi ia bukanlah untuk bersantai di kafe seumpama itu. Lebih membimbangkan, pelajar akan berjimat atau lebih berkira untuk membeli buku atau membayar yuran hanya semata-mata untuk bersantai. Implikasi beginilah yang kita tidak mahu terjadi.
Saya juga mencadangkan agar pihak universiti dapat menyediakan atau menaik taraf kafe-kafe yang sedia ada agar boleh menarik minat mahasiswa menggunakan waktu senggang mereka untuk mengulangkaji pelajaran, bersosial dengan teman-teman atau menjamu selera.
Sebagai rakyat tempatan, tidak perlulah kita berbangga sangat dengan produk-produk dari Amerika ini, kerana kita juga mempunyai kualiti yang hampir sama tetapi populariti yang kurang dek kerana sikap kita yang sukakan produk luar.
Bangsa mereka terkenal dengan penjenamaan seperti 'french toast, french silk, french fries' dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyatnya kepada produk tempatan dan ternyata ia berjaya.
Amat sukar untuk kita minum di Starbucks ketika berada Perancis walaupun ia memiliki sebanyak 15,700 outlet di 43 buah negara dan salah satunya Malaysia.
Sekali lagi saya memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian, penelitian dan penilaian sebelum idea itu dilaksanakan. Janganlah kita lupa bagaimana warga Universiti Malaya membantah sekeras-kerasnya kemasukan Mc Donalds pada tahun 1999 dan akhirnya hasrat itu tidak dilaksanakan walaupun premisnya sudah siap.
Tetapi, pada masa yang sama warga Universiti Malaysia masih lagi tidak kempunan untuk makan Big Mac dan Cheese Burger di sekitar Petaling Jaya.
Posted by lAl at 5:18 PM 0 comments
Labels: Rencana
Saturday, June 28, 2008
Makluman untuk anda..
Assalamualaikum & selamat sejahtera untuk semua.
Maaf kerana lambat memasukkan entry terkini untuk anda semua.
Saya terpaksa untuk pulang ke Penang kerana ada kecemasan yang melibatkan ahli keluarga saya di rumah. Baru tadi saya sampai di UMS untuk hari terakhir Iduksi Minggu Suai Mesra sesi 2008/2009.
Berikut ialah maklumat terkini yang saya dapat untuk anda..
1. Wang PTPTN mula dimasukkan ke akaun semua mahasiswa UMS bermula hari ini (27 Jun 2008). Ini bermakna, menjelang 8 Julai 2008, semua mahasiswa boleh mendapatkan PTPTN anda melalui akan bank CIMB masing-masing.
2. Pendaftaran akademik adalah ONLINE dan mula dibuka untuk mendaftar pada 1 Julai 2008 hingga 8 Julai 2008. Sila rujuk laman web Bahagian Perkhidmatan Akademik untuk maklumat lanjut. ---> http://bpa.ums.edu.my/
3. Kepada pelajar yang telah menukarkan program anda dan maklumat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) belum diupdate, anda diminta untuk memaklumkan kepada Bahagian Perkhidmatan Akademik secepat mungkin untuk mengelakkan anda mengalami masalah semasa mendaftar kursus teras nanti.
Sekian, untuk setakat ini sahaja makluman dari saya.
Posted by lAl at 5:30 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Friday, June 20, 2008
Pupuskah lelaki?
Posted by lAl at 10:59 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Thursday, June 19, 2008
Harapan baru untuk NC baru
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tadi saya sempat membaca perutusan dari Naib Canselor baru UMS, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon melalui laman web rasmi UMS (http://www.ums.edu.my). Salah satu tekad yang saya rasa penting untuk kejayaan UMS pada masa depan ialah
"Pertama sekali, saya ingin menekankan aspek sahsiah diri dan integriti di kalangan warga
universiti di mana setiap kakitangan perlu mempunyai nilai-nilai murni yang utuh dan
bekerja sepenuhnya untuk kepentingan universiti. Kita juga perlu mempersiapkan diri
dengan pelbagai pengetahuan dan memantapkan ciri-ciri keperibadian masing-masing."
Integriti, merupakan masalah utama yang saya sokong kiranya diberi penekanan dalam pentadbiran di UMS. Ini kerana keadaan semasa membuktikan bahawa masalah integriti semakin menjadi-jadi, xkiralah dari golongan ahli politik mahupun dari golongan intelek. Jadi, saya di pihak MPP amat mengharapkan agar hal-hal berkaitan mahasiswa di sini tidak lagi dipandang remeh. Matlamat penubuhan UMS adalah untuk mewujudkan golongan intelek yang mampu memberikan jasa dan bakti kepada rakyat. Justeru itu, tidak sewajarnya usaha murni ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya.
Semoga UMS terus Bertekad Cemerlang dalam memastikan Visi dan Misi utama penubuhannya tercapai. Kami di MPP sentiasa berusaha bagi memastikan mahasiswa menjadi teras utama dalam menerajui keunggulan ummah.
Tahniah sekali lagi atas perlantikan Datuk Kamaruzaman atau lebih glamour dengan nama Datuk K sebagai Naib Canselor UMS yang ke 3. Insyaallah UMS akan lebih gemilang di bawah kepimpinan Prof.
Posted by lAl at 2:28 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Wednesday, June 18, 2008
Istiadat di hari Datuk Mohd Noh sebagai NC.
Salam sejahtera,
Posted by lAl at 10:28 AM 0 comments
Labels: Program
Monday, June 16, 2008
Majlis Jasamu Dikenang Datuk Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.
Salam sejahtera,
Malam tadi diadakan satu majlis khas untuk Datuk Noh dengan MPP dan HEP. Gambar semasa program xdapat disiarkan sekarang sebab xdapat lagi dari pihak HEP. Tapi, sempat la saya dan saudara Inmran, Setiausaha Kehormat dari KAL untuk menyampaikan 10 rangkap pantun yang dikarang khas untuk Datuk Noh. Berikut ialah pantunn 4 kerat yang disampaikan.
Bunge reflesia kembang bersemi,
Jadikan UMS lebih berseri,
Ini persembahan dari kami,
Untuk Datuk Noh pantun diberi.
Pramugari Air Asia Berbaju Merah,
Terminal 2 Di Tanjung Aru,
18 Mac 2005 Tarikh bersejarah,
Mengorak langkah kehidupan baru.
Jalan berkelah sampai ke Tuaran,
Jalan bersama Datin Mariati,
Ranjau berliku banyak cabaran,
Namun semangat menggunung di hati.
Sampai ke UK menuntut Ilmu,
Dengan niat yang amat murni,
Kami kagum akan peribadimu,
Menjadi inspirasi anakanda di sini.
Sungguh bahagia menjadi suami,
4 putera, 3 puteri,
Mendekati rakyat polisi kami,
Universiti Rakyat nama diberi.
Lesung pipit penyeri muka,
Tatkala tersenyum seungguhlah tampan,
Banyak suka banyak duka,
Tidak dilupa setiap pengorbanan.
MPP & HEP tidak berlaga,
Saling berhubung dekat di hati,
Korban masa korban tenaga,
Hingga Megalab jadi realiti.
Mari Berkayak Hingga Ke Labuan,
Pergi ke Labuan mencari Maggi,
Jangan lupa jaga kesihatan,
Walau bekerja hingga ke pagi.
Bertekad cemerlang sentiasa di hati,
Siswa & siswi sentiasa disapa,
Patah tumbuh hilang berganti,
Jasa Datuk Noh tidak dilupa.
Wahai Datuk Noh NC Cemerlang,
Semoga Datuk sentiasa sihat,
Doakan PMUMS terus gemilang.
Pencetus keunnggulan ummah sejagat.
Hasil Nukilan Oleh:
Hilal Azmi
Mohd Inmran Sahul Hamid
Posted by lAl at 4:49 PM 0 comments
Labels: Program
Friday, June 13, 2008
Perasmian Selangkah Ke Menara Gading Siri 4.
Salam sejahtera,
Ini antara VVIP yang datang... Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin.
Semasa Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr Shariff Ak Omang sedang berucap.
Kesian juga dengan team SEMEGA yang diketuai saudara Amir Shah. Banyak perkara ad-hoc yang diorang kena buat untuk pastikan perjalanan majlis lancar. Biarpun begitu, segala kesulitan dapat dikawal dengan baik oleh pihak penganjur (siswa siswa UMS). Kalo boleh diberi rating, boleh diberikan 3 bintang dari full 5 bintang.
Posted by lAl at 3:06 PM 1 comments
Labels: Mahasiswa
Jawapan untuk Forum di UMSCampusZone!! Friendster Group bertajuk "MPP Lagi"
(Petikan diambil dari UMSCampusZone!! Group di www.friendster.com)
Posted by lAl at 7:25 AM 0 comments
Labels: Jawapan Forum Frenster
Perjumpaan Dengan Bahagian Perkhidmatan Akademik.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pagi tadi jam 10 pagi seramai 8 orang MPP telah berkunjung ke Bahagian Perkhidmatan Akademik di Tingkat 3 Banggunan Canselori. Tujuan utama kami ialah untuk merapatkan hubungan Persatuan Mahasiswa dengan pihak BPA bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan BPA bertambah baik dan juga perkhidmatan yang diterima pelajar juga bagus.
Pertemuan lebih kurang 1jam setengah itu banyak membincangkan berkaitan dengan dasar yang digunakan oleh pihak BPA dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.
Akan tetapi, apa yang menakutkan dalam perbincangan kali ini, situasinya menjadi sangat panas semasa di pertengahan perjumpaan dengan pihak BPA ini. Apa yang berlaku, apabila pihak saya menanyakan berkenaan kualiti kaunter perkhidmatan pihak BPA, beliau minta komen dari pihak saya. Jadi saya pun memberikan pendapat bahawa di kaunter BPA kurang berkualiti. Apa yang saya maksudkan ialah kurang berkualiti dari segi pengurusan dokumen pelajar dan juga pengurusan dalam menguruskan pelanggan yang datang ke kaunter. Apa yang terjadi pada saya, saya dituduh untuk mengatakan bahawa pihak BPA tidak berkualiti.
Maka berlakulah pula perbahasan dengan pihak BPA berkaitan "kurang berkualiti" dengan "tidak berkualiti". Saya pon menjelaskan & menegaskan bahawa perbezaannya sangat ketara dengan memberikan analogi makan. Kurang makan dan tidak makan berbeza kan??? Nasib la terjawab juga persoalan diorang nie.. Takut kontroversi plak nanti. Tapi alhamdulillah perjumpaan kami tu mendapat kata putus yang agak menarik.
- Kami akan terus saja menghubungi pihak BPA sekiranya berlaku masalah berkaitan masalah pelajar di BPA.
- Pendaftaran untuk pelajar tahun 3 dan ke atas, masih manual manakala untuk pelajar tahun 2, online macam biasa.
- Pendekatan untuk mengantarabangsakan UMS dijalankan dengan mewujudkan Buku Prospektus & Buku Ringkasan Kursus dalam English.
Kesimpulannya di sini, kiranya rakan-rakan siswa ada masalah dalam mendaftarkan kursus nanti ataupun masalah ketika pertukaran program, bolehlah menghubungi mana-mana MPP untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Posted by lAl at 3:44 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Monday, June 9, 2008
Laporan Bergambar Lawatan PMUMS ke IPT Lembar Klang.
Di Istana Kehakiman, Putrajaya. Lawatan kami mencatatkan sejarah apabila menjadi pelawat pertama dari organisasi di Borneo yang datang melawat Istana Kehakiman.... Satu rekod yang pasti membanggakan UMS...
Posted by lAl at 6:51 PM 0 comments