Salam sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya resolusi MPPK (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan) yang dikemukan dalam mesyuarat MPPK baru-baru ini telah membuahkan hasil. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan caj perkhidmatan PTPTN dari 3% kepada 1 % sahaja. Caj perkhidmatan ini sebenarnya telah melegakan banyak pihak terutamanya mahasiswa yang membuat pinjaman melalui Perbadanan ini. Kejayaan ini telah membuktikan betapa Majlis Perwakilan Pelajar seluruh Malaysia telah berjaya menjalankan fungsinya dalam memastikan kepentingan mahasiswa terjaga dan rintihan mahasiswa sentiasa didengari oleh pimpinan tertinggi kerajaan.
JAdi, kepada rakan-rakan mahasiswa, jangan lupa untuk teruskan sokongan kepada pihak kami untuk memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah masa depan.
Friday, August 15, 2008
Caj PTPTN 1% sahaja...
Posted by lAl at 2:29 PM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Tuesday, July 29, 2008
Komplen... Komplen... Komplen..
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Ini isu yang agak hangat dan mampu menghangatkan bagi sesiapa yang berada di kerusi MPP. Pihak kami akan sentiasa mendapat aduan atau bahasa yang selalu digunapakai "komplen" yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris complain...
Jadi, satu inisiatif yang mantap telah diambil oleh Saudara Choong Jian Ming & Saudara Farizul dari Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar (Exco 3P), iaitu mereka telah mula keluarkan borang aduan yang bercop MPP untuk memudahkan mahasiswa membuat aduan kepada pihak kami agar lebih mudah untuk kami meneliti permasalahan yang berlaku di kampus UMS ini.
Untuk mendapatkan borang aduan tersebut, anda semua bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkannya di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Tinkat 1, Banggunan Anjung Siswa. Untuk pertanyaan lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian terus saudara Choong Jian Ming di talian 016 483 6717 atupun berhubung terus dengan saudara Farizul 017 819 2610.
Untuk pengetahuan rakan siswa siswi sekalian, kami banyak menerima aduan yang meliputi pelbagai masalah perkhidmatan pelajar. Apa yang melambatkan keadaan, pihak kami tiada bukti hitam putih (black & white) berkaitan aduan yang dibuat. Biasanya aduan ini dibuat hanya sekadar cakap-cakap sahaja. Jadi, bagi membolehkan kami membuktikan kepada pihak pengurusan universiti, anda semua diharapkan dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan membuat aduan melalui ruang yang telah kami sediakan ini.
Diharapkan dengan ruang sebegini mampu memastikan kebajikan & perkhidmatan untuk kita sentiasa terjaga dan berkualiti semi memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah.
Sekian, buatlah aduan dengan bijak.
Posted by lAl at 4:50 PM 4 comments
Labels: Mahasiswa
Saturday, July 12, 2008
Tabung PMUMS...
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Setelah lama berusaha, hari ini alhamdulillah saya dapat menyiapkan laporan kewangan yang lengkap untuk anda semua berkenaan dengan perbelanjaan tabung PMUMS yang diamanahkan kepada kami di pihak MPP untuk menguruskannya.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 dalam peruntukan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah. Perkara 52 (12) telah menyatakan bahawa "MPP boleh menyelenggara Suatu kumpulan wang Persatuan yang terdiri daripada yuran yang dibayar oleh ahli Persatuan"
Juga dalam Perkara 52, disebutkan dalam subseksyen (14) bahawa "Kumpulan wang Persatuan boleh dibelanjakan untuk membayar kos pentadbiran Persatuan, termasuk kos mengaudit akaunnya, dan untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada apa-apa yang dijalankan oleh Persatuan bagi melaksanakan tugas & fungsinya yang dinyatakan dalam subseksyen (10).
Berikut ialah laporan yang dapat saya sampaikan untuk tatapan anda semua. Untuk laporan secara terperinci, kami di pihak MPP tak dapat untuk paparkan kerana terikat dengan OSA (Organization Security Act) yang meminta untuk kami menyimpan data perbelanjaan mahupun minit mesyuarat sebagai dokumen yang "terpelihara". Harap pembaca dapat memahami keadaan & situasi yang kami hadapi sekarang.
Semoga dengan laporan ini dapat memberikan kepada anda tentang gambaran sebenar bahawa peruntukan yang ada di pihak kami tidaklah begitu banyak. Kami hanya memberikan apa yang termampu untuk kelangsungan gerakan mahasiswa di UMS.
Sekian, terima kasih.
Posted by lAl at 11:16 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Pelajar Sekolah Sains Teknologi Meninggal.
Assalamualaikum & Salam sejahtera ...
Hari ni saya menerima berita yang agak menyedihkan.. Seorang pelajar Tahun 2 Sekolah Sains & Teknologi dari program Sains Sekitaran telah meninggal dunia kerana mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Setelah sampai di hospital Queen Elizabeth jam 2.30 petang, sesi post-moterm telah selesai. Ibubapa pelajar tersebut turut ada.. Keadaan sangat menyedihkan.
Pesanan untuk rakan-rakan siswa UMS, sekiranya berlaku sebarang kesakitan dan sindrom yang membahayakan kesihatan anda, harap anda terus merujuk ke hospital atau pusat kesihatan.
Ucapan takziah untuk keluarga Ng Ai Chen. Semoga roh terus mendapat tempat yang baik di sana.
Posted by lAl at 10:55 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Thursday, July 10, 2008
PTPTN terpotong lebih?

Alhamdulillah, pada hari Selasa,8 Julai 2008 semua pelajar tahun 2 ke atas di UMS ni telah dimasukkan wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) masing-masing.
Maka ramailah yang dah mula keluar ke 1 Borneo, shopping di KK dan ada juga yang mula merancang untuk memastikan tiada masalah kewangan di masa depan.
Akan tetapi, banyak persoalan yang diajukan kepada pihak saya dan MPP yang lain. Kenapa ada pemotongan yang dipotong lebih???? Ada yang menuduh Jabatan Bendahari UMS telah "makan" duit student. Ada jugak siswa yang tanya saya kenapa ada pemotongan sampai RM400??
Sebenarnya, pemotongan yang lebih bukan kerana kenaikan yuran di UMS. Akan tetapi, pemotongan tersebut (dalam kadar RM100 - RM400)adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh pihak PTPTN untuk bayaran insurans pinjaman. Relevan bayaran insuran ini adalah untuk jaminan perlindungan semasa kita sebagai siswa meminjam melalui PTPTN.
Diharapkan penerangan ni dapat merungkaikan segala kekusutan di pihak mahasiswa...
Sekian, wassalam..
Posted by lAl at 12:48 PM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Wednesday, July 9, 2008
NC baru, kafe baru...
Salam sejahtera untuk semua,Isu pertama timbul selepas bermulanya kepulangan semula siswa siswi di UMS ni adalah berkaitan dengan KAFETARIA. Terutama yang berada di kafe kolej Anugerah Bestari & Kolej Cemerlang Dinamik.
Sistem tender kafe yang baru memberikan pandangan pertama yang agak teruk untuk mahasiswa di kolej Cemerlang Dinamik (Kolej CD). Kualiti makanan yang dihidangkan agak mengecewakan. Sistem tender baru ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pihak kafe dapat menjaga kebersihan di kafe dengan baik di samping menambah pendapatan pengusaha kafe untuk "sub kontrak" kepada peniaga kecil lain yang berminat untuk berniaga di sini.
Mungkin juga pihak pengusaha kafe ini agak baru dalam mengusahakan kafe di UMS ni. Tapi keperluan mahasiswa di sini sangat banyak. Kalau kafe asyik sahaja mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan terbaik, maka saya di pihak mahasiswa xkan teragak-agak untuk meminta agar pengusaha kafe ini ditukar.
Kepada rakan-rakan mahasiswa, kita berikan pengusaha kafe ini peluang untuk tempoh 2 atau 3 minggu lagi untuk menjadi lebih baik dari yang ada sekarang.Kalo, xberlaku sebarang perubahan, kita akan lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.
Semoga kita sama2 dapat perkhidmatan yang baik di UMS ni..
Sekian..
Posted by lAl at 8:10 PM 1 comments
Labels: Mahasiswa
Saturday, June 28, 2008
Makluman untuk anda..
Assalamualaikum & selamat sejahtera untuk semua.
Maaf kerana lambat memasukkan entry terkini untuk anda semua.
Saya terpaksa untuk pulang ke Penang kerana ada kecemasan yang melibatkan ahli keluarga saya di rumah. Baru tadi saya sampai di UMS untuk hari terakhir Iduksi Minggu Suai Mesra sesi 2008/2009.
Berikut ialah maklumat terkini yang saya dapat untuk anda..
1. Wang PTPTN mula dimasukkan ke akaun semua mahasiswa UMS bermula hari ini (27 Jun 2008). Ini bermakna, menjelang 8 Julai 2008, semua mahasiswa boleh mendapatkan PTPTN anda melalui akan bank CIMB masing-masing.
2. Pendaftaran akademik adalah ONLINE dan mula dibuka untuk mendaftar pada 1 Julai 2008 hingga 8 Julai 2008. Sila rujuk laman web Bahagian Perkhidmatan Akademik untuk maklumat lanjut. ---> http://bpa.ums.edu.my/
3. Kepada pelajar yang telah menukarkan program anda dan maklumat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) belum diupdate, anda diminta untuk memaklumkan kepada Bahagian Perkhidmatan Akademik secepat mungkin untuk mengelakkan anda mengalami masalah semasa mendaftar kursus teras nanti.
Sekian, untuk setakat ini sahaja makluman dari saya.
Posted by lAl at 5:30 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Friday, June 13, 2008
Perasmian Selangkah Ke Menara Gading Siri 4.
Salam sejahtera,

Ini antara VVIP yang datang... Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin.
Semasa Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr Shariff Ak Omang sedang berucap.
Kesian juga dengan team SEMEGA yang diketuai saudara Amir Shah. Banyak perkara ad-hoc yang diorang kena buat untuk pastikan perjalanan majlis lancar. Biarpun begitu, segala kesulitan dapat dikawal dengan baik oleh pihak penganjur (siswa siswa UMS). Kalo boleh diberi rating, boleh diberikan 3 bintang dari full 5 bintang.
Posted by lAl at 3:06 PM 1 comments
Labels: Mahasiswa
Perjumpaan Dengan Bahagian Perkhidmatan Akademik.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pagi tadi jam 10 pagi seramai 8 orang MPP telah berkunjung ke Bahagian Perkhidmatan Akademik di Tingkat 3 Banggunan Canselori. Tujuan utama kami ialah untuk merapatkan hubungan Persatuan Mahasiswa dengan pihak BPA bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan BPA bertambah baik dan juga perkhidmatan yang diterima pelajar juga bagus.
Pertemuan lebih kurang 1jam setengah itu banyak membincangkan berkaitan dengan dasar yang digunakan oleh pihak BPA dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.
Akan tetapi, apa yang menakutkan dalam perbincangan kali ini, situasinya menjadi sangat panas semasa di pertengahan perjumpaan dengan pihak BPA ini. Apa yang berlaku, apabila pihak saya menanyakan berkenaan kualiti kaunter perkhidmatan pihak BPA, beliau minta komen dari pihak saya. Jadi saya pun memberikan pendapat bahawa di kaunter BPA kurang berkualiti. Apa yang saya maksudkan ialah kurang berkualiti dari segi pengurusan dokumen pelajar dan juga pengurusan dalam menguruskan pelanggan yang datang ke kaunter. Apa yang terjadi pada saya, saya dituduh untuk mengatakan bahawa pihak BPA tidak berkualiti.
Maka berlakulah pula perbahasan dengan pihak BPA berkaitan "kurang berkualiti" dengan "tidak berkualiti". Saya pon menjelaskan & menegaskan bahawa perbezaannya sangat ketara dengan memberikan analogi makan. Kurang makan dan tidak makan berbeza kan??? Nasib la terjawab juga persoalan diorang nie.. Takut kontroversi plak nanti. Tapi alhamdulillah perjumpaan kami tu mendapat kata putus yang agak menarik.
- Kami akan terus saja menghubungi pihak BPA sekiranya berlaku masalah berkaitan masalah pelajar di BPA.
- Pendaftaran untuk pelajar tahun 3 dan ke atas, masih manual manakala untuk pelajar tahun 2, online macam biasa.
- Pendekatan untuk mengantarabangsakan UMS dijalankan dengan mewujudkan Buku Prospektus & Buku Ringkasan Kursus dalam English.
Kesimpulannya di sini, kiranya rakan-rakan siswa ada masalah dalam mendaftarkan kursus nanti ataupun masalah ketika pertukaran program, bolehlah menghubungi mana-mana MPP untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Posted by lAl at 3:44 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa
Sunday, June 8, 2008
Jawapan Selamat atau Jawapan Politik??
Salam sejahtera,
Baru-baru ni MPP UMS ada membuat lawatan ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat sendiri bagaimana keadaan di KPT secara "live". Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pihak MPP UMS antaranya:
1. Isu Perpaduan yang tidak mendapat tempat dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi (soalan ini diulang kembali kerana semasa Mesyuarat MPPK, soalan yang sama ditanya akan tetapi x dijawab).
2. Isu kenaikan harga minyak yang membebankan mahasiswa dan PTPTN yang x dinaikkan dengan keadaan ekonomi semasa.
3. Isu 50% diskaun untuk mahasiswa mendapatka tiket penerbangan. (dan lebih 7 tahun isu yang sama ditanya)
Jawapan yang kami dapat:
1. Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dibuat, akan tetapi, apa yang boleh dilakukan ialah program perpaduan boleh ditekankan dalam Action Plan nanti... (apa yang menjadikan isu ini xdijawab dengan baik, pertama, isu perpaduan menjadi semakin penting dalam situasi Malaysia selepas 50 tahun merdeka sekarang. Sebab itu diwujudkan Kementerian Perpaduan, Kesenian & Warisan. Jadi, bagaimana isu berkaitan perpaduan ini boleh dilupakan semasa membuat teras dalam Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi yang lebih dikenali sebagai PSPTN ni.. Kalaupun pihak pembuat dasar terlupa semasa merangka pelan tindakan ini, saya berpendapat, ia boleh dipinda sedikit bagi memastikan cita-cita kita untuk mewujudkan Bangsa Malaysia pada 2020 nanti menjadi kenyataan).
2. Harga minyak naik sebab berlaku ketidakadilan dalam pemberian subsidi. Kos Petronas yang meningkat hinga 200% dan juga golongan kaya lebih bnyak guna minyak dan mereka ni yang lebih dapat subsidi kerajaan. (pada pendapat saya, perkara ni bukan perkara pokok yang rakyat inginkan. tapi apa yang rakyat mahukan ialah kenapa tiada jawapan yang lebih konkrit dalam membuktikan bahawa harga minyak perol wajar ditingkatan sehingga 78 sen seliter yang mengejutkan rakyat & seterusnya membebankan rakyat. Bayangkan, inflasi di negara kita dijangka mencapai 5% pada bulan Jun ini.)
3.Pihak KPT dah berjumpa dengan pihak Air Asia & MAS dalam hal ini. Kedua-dua pihak setuju untuk memberikan diskaun untuk tiket kelas Y (yang full fare ticket @ mudah cakap, yang mahal punya).Pihak MPP akan dijemput dalam perjumapaan selepas ini. (Ini jawapan dari pihak KPT kepada kami bila ditanya berkenaan soalan ini. Apa yang menyedihkan kami di pihak MPP, isu ni dah dibangkitkan sejak 5 hingga 7 tahun akan tetapi, kita hanya kuat bercakap saja. Implementasinya amat kurang. Ini budaya yang ada dan perlu dibendung dengan lebih cepat & bersih.)
Kesimpulan dari sini, pembaca b0lehlah menilai sendiri bahawa jawapan yang diberikan pihak KPT ini sebenarnya hanya ingin menyedapkan hari MPP ataupun mereka ini cuba untuk mengalihkan pandangan MPP terhadap sesuatu isu. Fikirkanlah..
Posted by lAl at 1:56 AM 0 comments
Labels: Mahasiswa


