Friday, August 29, 2008

Bila kita diperhatikan...

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya dikejutkan dengan satu panggilan yang mengatakan bahawa saya bakal diambil tindakan berkenaan entry dalam blog saya. Begitu juga nasib yang diterima oleh beberapa MPP lain berkenaan isu ini.

Pada pendapat saya, isu yang kami keluarkan dalam blog bukanlah satu isu yang saja-saja ataupun atas dasar ingin memalukan sesiapa. Apa yang ditimbulkan ialah realiti yang wujud dalam kampus mahupun dalam negara kta. Selaku mahasiswa yang prihatin, saya cuba untuk berkongsi dengan sahabat siswa siswi yang lain berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan.

Mungkin juga pihak tertentu agak "berminat" dengan isu yang kami timbulkan. Itulah sebabnya mereka ini sangat menekan kami sehinggakan ada beberapa blog MPP yang terpaksa ditutup. Biarlah, kami ini hanya ingin membuktikan kepada semua bahawa kami ini buat keja dan reaktif dengan isu semasa.

Wujud juga tohmahan bahawa bloggers MPP ni sebenarnya telah memalukan UMS dengan mengetengahkan isu keburukan UMS. Kita asyik sahaja dibuai dengan "mimpi indah" berkaitan UMS. UMS ada dewan yang besar, landskap yang cantik juga x dinafikan UMS ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu mempunyai kampus yang dihuni oleh bilangan kaum yang paling banyak di Malaysia. Jadi, kalau kita asyik saja berbangga dengan kecantikan fizikal UMS, sedangkan mahasiswa UMS ni asyik saja DITUDUH xaktif dan sebagainya, di mana suara mahasiswa nak lontarkan? Setakat ni berapa banyak peluang yang diberi oleh pihak tertentu untuk membolehkan mahasiswa bersuara?

Kalau ada MPP sekalipun, selama nie, brapa banyak komplen dari MPP yang didengari dan diambil perhatian dengan serius? Kalau bukan isu kemalangan dan kematian, jangan haraplah...

Jadi, saya mengharapkan agar segala isu yang diketengahkan ini diambil positif oleh pihak yang memerhatikan kami. Ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa. Cuma untuk kebaikan UMS. Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan sementara waktu sedangkan masa depan kita tergadai.

Sekian, salam perjuangan!



2 comments:

Deana said...

Salam.
Saya setuju dgn kenyataan saudara. Mmg benar..kalo setakat ingin menonjolkan luaran yg indah2 saja tanpa memperdulikan permasalahan dlman yg semakin meruncing,xda gunanya. sbg mahasiswa/i lbh2 mpp yakni perwakilan/suara pelajar..kita sepatutnya blh menyuarakan pendapat yg bernas utk kebaikan bersama. yg penting, pendapat kita itu bukan sekadar omong kosong atau utk mengenakan mana2 pihak.
kalo diam,nanti timbullah pelbagai tohmahan/kritikan plak dr para pelajar yg berpendapat mpp xda buat apa2 pun. padahal sebenarnya mpp sendiri tersekat oleh pihak2 tertentu.
wallahu ahlam. sekadar menyatakan pendapat sbg pemerhati & pelajar :)

lAl said...

tq deana...