Sunday, July 27, 2008

Anugerah Akademik Negara 2007 @ PICC.

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Pagi jumaat yang lalu, saya bersama 3 orang MPP lain dijemput ke Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 di Pusat Konvensyen Antaravangsa Putrajaya. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ini dihadiri oleh semua ahli akademik, seniman dan juga pegawai utama dari setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Anugerah Akademik Negara atau akronimnya AAN ini merupakan kali ke 2 diadakan untuk menghargai & membuat penilaian untuk hasil kajian yang dibuat oleh anak tempatan dari IPT yang ada di Malaysia.
Semasa majlis ini berlangsung, kami sempat berjumpa dengan Naib Canselor UMS yang pertama iaitu Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.Sempat juga kami bersembang mengenai UMS bersama beliau.Satu pengalaman yang xboleh saya lupakan.
Akhir sekali, apa yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung ialah idea yang saya dapat untuk membolehkan saya lebih kreatif dalam memberikan lebih banyak peluang untuk anak Malaysia dalam menghasilkan kajian yang kritis dan kreatif setanding dengan anak-anak dari negara maju yang lain. Insyaallah.
Pemenang anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara 2007 ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr Syed Jalaludin bin Syed Salim dari UPM. Berikut ialah lain-lain pemenang berdasarkan kategori yang telah dipertandingkan:
Anugerah Makalah Jurnal : Profesor Dr. Onn bin Haji Hashim (UM)
Anugerah Penerbitan Buku : Prof Madya Dr Nordin bin Hussin (UKM)
Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk : Prof Madya Dr Syed Omar bin Syed Rastan (UPM)
Anugerah Seni & Kreatif : Prof Madya Zulkifli bin Yusoff (UPSI)
Tahniah kepada semua pemenang. Biarpun tiada seorang pun wakil dari UMS, ini sebenarnya menjadi satu titik tolak untuk memastikan ahli akademik UMS terus berjuang untuk memartabatkan nama UMS di arena kebangsaan.

Bersama Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman. Naib Canselor pertama UMS.

Ketika menghirup udara segar PICC..



Sekian saja untuk entry kali ni...

0 comments: