Wednesday, July 16, 2008

Universiti Mimpi Selalu ---> UMS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kali ni saya nk kupas berkenaan masalah "kegersangan" UMS dalam mengecapi kejayaan di arena debat peringkat IPT. Untuk pengetahuan pembaca, UMS akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar IPTA 2008. Justeru itu, pendebat UMS diberi tanggungjawab yang amat besar kerana mereka ini perlu memastikan kejuaraan menjadi milik UMS pada pertandingan kali ini.

Akan tetapi, apa yang mengecewakan pihak saya ialah, faktor pemilihan pendebat UMS itu sendiri. Kaedah yang digunakan seolah-olah menidakkan maruah & penat lelah pendebat generasi baru UMS. Tindakan yang dibuat juga seolah-olah menunjukkan latihan yang dibuat "setengah mati" tidak mampu memberikan keyakinan di pihak jawatankuasa pemilihan pendebat untuk dijadikan wakil pendebat UMS.

Satu langkah "bijak" yang diambil ialah dengan mengambil "pendebat tua" yakni pendebat yang menunggu masa untuk konvo pada Ogos nanti. Kononnya "pendebat tua" ini bakal mejuarakan UMS nanti atas kehebatan yang ada pada mereka ini.

Saranan saya untuk pendebat generasi baru, pastikan hak & maruah anda sentiasa terjaga! Jangan terus menghambakan diri kepada perkara yang xkan memberikan masa depan yang gemilang untuk anda. Kerana segala perkara yang berlaku dalam dunia debat UMS sekarang menunjukkan mimpi yang xkan menjadi realiti. Percayalah..

Sekian..

2 comments:

entre_mppums said...

yup, saya setuju..
setiap individu perlu mengambil peluang yang sedia ada..
kalau tidak maka peluang itu mungkin tidak ada lagi dan mungkin peluang itulah yang akan menjadi satu pengalaman dan dapat mengubah diri sendiri..
yang penting mesti percaya kepada diri sendiri..

lAl said...

tq atas skongan anda!!!! semoga UMS terus Cemerlang selaras dengan "Bertekad Cemerlang"