Friday, July 18, 2008

Debat Khas Datuk Ahmad Sabery Chik & Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Assalamualaikum & salam sejahtera,





Debat khas yang dianjurkan oleh Agenda Daily ini menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Tajuk perdebatan ialah "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Perdebatan satu lawan satu ini merupakan satu perdebatan yang amat menarik pada pemerhatian saya. Juga dijemput wakil dari pihak Datuk Ahmad Shabery Chik, iaitu Tan Sri Nordin Kardi. Manakala di pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewakilkan En Zulkifli Sulong sebagai wakil untuk bertanyakan soalan.




Maaf kerana lewat update & respon berkaitan perdebatan ini kerana kami di pihak MPP pada masa siaran langsung sedang mengadakan mesyuarat mingguan di Anjung Siswa. Justeru itu saya hanya sempat menonton melalui laman Youtube. Terima kasih kepada pengupload video perdebatan yang boleh dikatakan sebagai bersejarah ini.




Saya akan memberikan pendapat berdasarkan struktur di pihak "kerajaan" iaitu di pihak Datuk Ahmad Shabery Chik dan juga di pihak "pembangkang" yang diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Perdebatan bermula dengan opening statement dari pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu pembukaan kes yang menarik dan telah mengikat konsep perdebatan agar tampak kemas dan adil untuk diperdebatkan.




Seterusnya di pihak "kerajaan", Datuk Ahmad Shabery pada hemat saya telah tersilap langkah kerana membahaskan perkara yang boleh dianggap lari dari konsep asal yang telah dijelaskan pada opening statement yang telah dibincangkan oleh DSAI.




Perdebatan menjadi semakin hangat apabila DASC telah "menembak" DSAI berkaitan sejarah lampau beliau. Ini merupakan tindakan yang kurang profesional pada saya. Sekiranya perdebatan ini ingin membincangkan berkaitan isu minyak & kebajikan rakyat, kenapa mesti kita membincangkan soal peribadi individu??? Ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan.




Tindakan DSAI yang cool & tenang semasa menjawab "pertuduhan" oleh DASC telah memberikan satu impak yang amat positif terhadap karkter beliau. Saya sendiri menjadi amat yakin dengan kaedah ucapan umum yang digunapakai oleh DSAI dalam mengendalikan isu sebegini. Perdebatan yang berlaku pada saya telah "berat" ke arah DSAI kerana beliau menggunakan masa perdebatan sebaiknya untuk berhujah berbanding dengan DASC yang hanya menggunakan masa yang singkat untuk berhujah. Hujah yang diketengahkan hanya membuktikan usaha-usaha zaman prasejarah dulu. Tiada cadangan baru yang cuba diketengahkan semasa perdebatan ini.

Kesimpulannya, pada saya kalau ini merupakan pertandingan debat yang sebenar, DSAI yang menang. pertamanya kerana Konsep yang telah diikat pada awal perdebatan telah dihujahkan dengan kemas oleh beliau dari awal sehingga akhir perdebatan. Saya tidak akan hairan sekiranya beliau mampu untuk menang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.
Di pihak DASC pula, saya amat berbangga dengan keberanian beliau sebagai "menteri junior" dalam kabinet 2008 ini yang sanggup menghadapi cabaran untuk berdebat dengan DSAI yang memang diketahui kehebatannya dalam berdebat. Namun, apa yang mengecewakan ialah keupayaan beliau dalam berhujah dan menjawab pertuduhan DSAI terhadap kerajaan. Pada saya beliau tidak mampu untuk meyakinkan seisi penonton samada di studio mahupun di rumah bahawa kerajaan telah melakukan perkara yang terbaik demi kebajikan rakyat. Keraguan dalam tindakan kerajaan yang ditimbulkan oleh DSAI juga tidak dapat dijawab dengan baik. Hanya meragukan kes DSAI dengan mengimbau kembali sejarah silam DSAI sahaja tidak cukup kuat untuk mendapat kembali keyakinan rakyat.

Sekian, itu sahaja pendapat yang dapat saya utarakan buat masa ini. Ucapan syabas & tahniah kepada kedua-dua pendebat dan juga pihak penganjur yang berjaya membuat kelainan untuk memastikan rakyat lebih faham dengan apa yang cuba diperjuangkan oleh Wakil Rakyat.

0 comments: