Tuesday, July 29, 2008

Komplen... Komplen... Komplen..

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Ini isu yang agak hangat dan mampu menghangatkan bagi sesiapa yang berada di kerusi MPP. Pihak kami akan sentiasa mendapat aduan atau bahasa yang selalu digunapakai "komplen" yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris complain...

Jadi, satu inisiatif yang mantap telah diambil oleh Saudara Choong Jian Ming & Saudara Farizul dari Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar (Exco 3P), iaitu mereka telah mula keluarkan borang aduan yang bercop MPP untuk memudahkan mahasiswa membuat aduan kepada pihak kami agar lebih mudah untuk kami meneliti permasalahan yang berlaku di kampus UMS ini.

Untuk mendapatkan borang aduan tersebut, anda semua bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkannya di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Tinkat 1, Banggunan Anjung Siswa. Untuk pertanyaan lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian terus saudara Choong Jian Ming di talian 016 483 6717 atupun berhubung terus dengan saudara Farizul 017 819 2610.

Untuk pengetahuan rakan siswa siswi sekalian, kami banyak menerima aduan yang meliputi pelbagai masalah perkhidmatan pelajar. Apa yang melambatkan keadaan, pihak kami tiada bukti hitam putih (black & white) berkaitan aduan yang dibuat. Biasanya aduan ini dibuat hanya sekadar cakap-cakap sahaja. Jadi, bagi membolehkan kami membuktikan kepada pihak pengurusan universiti, anda semua diharapkan dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan membuat aduan melalui ruang yang telah kami sediakan ini.

Diharapkan dengan ruang sebegini mampu memastikan kebajikan & perkhidmatan untuk kita sentiasa terjaga dan berkualiti semi memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah.

Sekian, buatlah aduan dengan bijak.

4 comments:

pie said...

salam mahasiswa.
memang sering kedengaran rungutan atau komplen dalam kalangan mahasiswa. contohnya hari ini kita akan terkesima mendengar komplen mslh bas. ada yang menyatakan pemandu bas mogok. ada pula yang membuat andaian pemandu mulai malas. saya kurang berstuju kita membuat spekulasi yang tidak baik. kita seharusnya membuat anggapn baik.contohnya kita menganggap bas ums digunakan untuk mengangkut orang lain untuk program debat alam sekitar(baik ka tanggapan ni?). MPP wajar mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan andai masalah timbul(untuk menjaga kreadibiliti perwakilan).
berbalik kepada topik.memang suatu yang wajar aduan dibuat bertulis bagi menjadikan ianya suatu bukti yang nyata. malangnya, apabila siswa/i terpaksa untuk ke bangunan anjung siswa untuk membuat adua. bukankah elok kiranya EXCO berkenaan bersama-sama sekretariat EXCO terbabit membuat minggu aduan dan membuka kaunter di kawasan tumpuan mahasiswa/i. adalah lebih rasional berbanding usaha untuk menanti di pejabat semata. aduan bijak lahir dari usaha bijak.

usaha bijak memimpin aduan bijak.

sentiasa memerhati dan diperhati.

pijol@fizul said...

komplen=rungutan=manusia normal=uniknya manusia

lAl said...

Tq pemerhati UMS... Sebelum nie kami dah buat dah Minggu Jana Jalinan yang mana kami stay di kafetaria untuk mendapatkan komen & aduan dari siswa, namun sambutan kurang menggalakkan.. Mungkin lepas nie akan program tersebut akan diteruskan insyaallah dalam bulan Ogos ini.. Tq atas keprihatinan anda..

pie said...

Salam…

Saya turut menyedari Minggu Jana Jalinan berkenaan. Saya turut menyedari program berkenaan tidak mendapat sambutan daripada siswa/i. Saya merasakan program berkenaan agak memberi manfaat berdasarkan maklumat yang telah diberikan semula oleh EXCO yang berkenaan. Memang saya akui program berkenaan kurang mendapat sambutan.

Akan tetapi saya merasakan program sedimikian rupa wajar diteruskan bagi mengetahui kebajikan siswa/I yang ada di universiti kita ini. Andai kata program sebelum ini kurang mendapat sambutan, kita cari kelemahan dan buat penambahbaikan. Mungkin setakat ini saya belum boleh membuat cadangan berkenaan penambahbaikan tersebut tapi saya hanya berniat untuk membantu dalam menjaga kebajikan rakan siswa/i.

Mungkin saudara Hilal boleh menilai sendiri usaha penambahbaikan tersebut berdasarkan pandangan rakan-rakan berdekatan. Saya pasti saudara mempunyai rakan selain dari golongan perwakilan sahaja.

Saya sendiri sekarang sedang memerhati keadaan UMS ini. Saya ada bermalam di kolej kediaman Indah Permai untuk melihat sejauh mana kelancaran perjalanan bas di sini. Sempat saya bertanya kepada pemastautin kolej ini. Perkhidmatan bas kolej ini pada permulaan semester agak baik. Tetapi sejak akhir-akhir ini perkhidmatan bas mula mengalami kemerosotan prestasi. Berkenaan isu anjing pula, kita boleh lihat bagaimana anjing berkampung di kawasan SPE. Isu yuran ketika LI/LM, menjadi persoalan apabila siswa/I membuat LI/LM pada waktu semester dan yuran semester turut dikenakan. Bagaimana dengan siswa/I yang LI/LM pada waktu cuti. Kenapa tidak dikenakan yuran? Beralih pula kepada isu pintu yang menjadi laluan menuju ke cafĂ© di perpustakaan. Melalui maklumat hasil Program Jana Jalinan saya ‘quote’kan ‘Surat yang ditulis oleh Saudara Presiden MPP telah dihantar. Disebabkan pintu tersebut hampir jatuh dan perlu ditukar, pintu tersebut tidak dapat dibuka semester ini. Hasil daripada perbincangan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr Amran Ahmed, adalah dipersetujui bahawa pintu berkenaan akan dibaiki dan dibuka semester depan’. Sehingga ke hari ini, saya lihat pintu berkenaan masih lagi terkunci.

Saya harap saudara boleh sebarkan kepada sesiapa yang berkenaan. Mungkin saya akan dianggap membenci perwakilan. Tidak berniat. Saya cuba membantu. Andai tidak wujud badan yang menjadi ‘check and balance’ untuk MPP, biarlah saya terus mengingatkan diri saya, saudara dan rakan perwakilan saudara.

Sentiasa memerhati dan diperhati.