Thursday, June 19, 2008

Harapan baru untuk NC baru

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tadi saya sempat membaca perutusan dari Naib Canselor baru UMS, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon melalui laman web rasmi UMS (http://www.ums.edu.my). Salah satu tekad yang saya rasa penting untuk kejayaan UMS pada masa depan ialah

"Pertama sekali, saya ingin menekankan aspek sahsiah diri dan integriti di kalangan warga
universiti di mana setiap kakitangan perlu mempunyai nilai-nilai murni yang utuh dan
bekerja sepenuhnya untuk kepentingan universiti. Kita juga perlu mempersiapkan diri
dengan pelbagai pengetahuan dan memantapkan ciri-ciri keperibadian masing-masing."

Integriti, merupakan masalah utama yang saya sokong kiranya diberi penekanan dalam pentadbiran di UMS. Ini kerana keadaan semasa membuktikan bahawa masalah integriti semakin menjadi-jadi, xkiralah dari golongan ahli politik mahupun dari golongan intelek. Jadi, saya di pihak MPP amat mengharapkan agar hal-hal berkaitan mahasiswa di sini tidak lagi dipandang remeh. Matlamat penubuhan UMS adalah untuk mewujudkan golongan intelek yang mampu memberikan jasa dan bakti kepada rakyat. Justeru itu, tidak sewajarnya usaha murni ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya.

Semoga UMS terus Bertekad Cemerlang dalam memastikan Visi dan Misi utama penubuhannya tercapai. Kami di MPP sentiasa berusaha bagi memastikan mahasiswa menjadi teras utama dalam menerajui keunggulan ummah.

Tahniah sekali lagi atas perlantikan Datuk Kamaruzaman atau lebih glamour dengan nama Datuk K sebagai Naib Canselor UMS yang ke 3. Insyaallah UMS akan lebih gemilang di bawah kepimpinan Prof.

0 comments: