Wednesday, July 30, 2008

Rumusan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia 2008.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, berakhir sudah Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT Malaysia kali ke-15. Juaranya seperti yang kita ketahui UiTM. Naib Juara pula jatuh kepada UIAM.Pertandingan debat kali ini telah diwakili oleh 24 IPT dari seluruh Malaysia yang berlangsung bermula 26 Julai 2008 yang lalu.

Laluan bagi pasukan debat UMS sekali lagi terkandas semasa bertemu dengan pasukan UM. Masuk kali ini dah lebih 8 kali jaguh debat UMS berjumpa dengan pasukan UM dan tidak pernah lagi pasukan UMS berjaya mengalahkan pihak UM. Justeru itu, mungkin ada hikmah di sebalik "terkandasnya" pasukan debat UMS kali ini. Apa yang penting sekarang, kita perlu gandakan usaha untuk kembali memartabatkan nama UMS di arena debat intervarsiti.

Kepada peserta-peserta debat, sekiranya ada masalah atau kesusahan yang dialami sepanjang penganjuran kami sebagai tuan rumah kali ini, kami pohon sejuta kemaafan. Seperti kata pepatah, "mustahil kalau diadakan kenduri, tiada pinggan yang pecah". Diharapkan segala yang berlaku di sini telah menjadi sejarah yang boleh dikongsikan bersama di masa depan.

Tahniah juga diucapkan kepada bahagian pelaksana di bawah seliaan saudara Afiq, Exco Sains & Alam Sekitar MPP. Segala kerjasama & penat lelah anda ini pasti memeberikan lebih banyak ilmu & pengalaman berguna untuk anda terus menceburkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan di UMS. Semoga UMS terus "bertekad cemerlang".

Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.
Sekian.

2 comments:

Projek Protokol MPPUMS said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya.itulah keunikkan dunia ciptaanNYA

lAl said...

Hehee... Tq pjoe..