Salam sejahtera untuk semua pembaca, entry kali ni saya nk bincangkan isu berkaitan teguran yang membina. BAru-baru ini saya terbaca melalui chatbox pada blog presiden MPP kita bahawa ada satu pelajar yang kurang senang dengan teguran yang dibuat oleh PSM (Pembimbing Suai Mesra) ke atas seorang pelajar ni. Katanya dia membacakan satu ayat yang dipetik dari Al-Quran sebagai fakta sokongan dalam memberi teguran kepada budak ni. Rupa-rupanya pelajar tersebut pelajar non-muslim.
Saya selaku salah seorang PSM ingin memohon sejuta kemaafan kepada pelajar ini. Pada pendapat saya kaedah menegur sebegini boleh dianggap tidak menghormati pelajar tersebut. Ini kerana dalil (atau fakta) yang diambil dari Al-Quran sesuai digunakan untuk membuat teguran kepada Muslim sahaja. Biarpun Islam merupakan satu agama yang universal dan satu cara hidup yang wajar diikuti oleh semua umat manusia, kita perlu juga faham & hormat kepada penganut agama lain. Kalaupun nak gunakan juga dalil dari Al-Quran, pastikan teguran yang dibuat itu jelas & tidak memihak kepada satu pihak sahaja.
Saya rasa perlu untuk ketengahkan isu ini kerana saya gusar & risau sekiranya berlaku "clash" antara penganut agama di UMS ni. Kalau kita mau tegur sekalipun, mungkin ada cara yang lebih baik & berkesan yang boleh kita gunakan untuk tegur. Jadi, diharapkan kepada mana-mana pihak yan terasa, dan mungkin mana-mana pihak yang akan menegur orang selepas ini, saya pohon agar kita sentiasa menjaga sensitiviti yang perlu kita bataskan untuk memastikan kehidupan kita lebih selamat, aman dan makmur di bumi Sabah yang indah ini.
Sekian...
Saturday, August 2, 2008
Tegur dengan cermat, ingat orang tersayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam...
tegur dengan cermat...
saya suka pendekatan ini.
bagaimana pula dengan teguran yang melabel org lain sbg poyo?
mempersoalkan org lain tidak bertuhan?
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5691661849848017338&postID=9174585405415089232
sentiasa memerhati dan diperhati
huhu...kesian kat ko yer...xpa, mulut orang kita memang xleh control.. apa yang penting, kita kena sentiasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab....cthnya tugas anda sebagai "pemerhati & diperhati" so, buatlah dengan ikhlas... Hanya Tuhan yang mampu membalasnya...ok!
Post a Comment