Saturday, July 12, 2008

Tabung PMUMS...

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Setelah lama berusaha, hari ini alhamdulillah saya dapat menyiapkan laporan kewangan yang lengkap untuk anda semua berkenaan dengan perbelanjaan tabung PMUMS yang diamanahkan kepada kami di pihak MPP untuk menguruskannya.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 dalam peruntukan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah. Perkara 52 (12) telah menyatakan bahawa "MPP boleh menyelenggara Suatu kumpulan wang Persatuan yang terdiri daripada yuran yang dibayar oleh ahli Persatuan"


Juga dalam Perkara 52, disebutkan dalam subseksyen (14) bahawa "Kumpulan wang Persatuan boleh dibelanjakan untuk membayar kos pentadbiran Persatuan, termasuk kos mengaudit akaunnya, dan untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada apa-apa yang dijalankan oleh Persatuan bagi melaksanakan tugas & fungsinya yang dinyatakan dalam subseksyen (10).


Berikut ialah laporan yang dapat saya sampaikan untuk tatapan anda semua. Untuk laporan secara terperinci, kami di pihak MPP tak dapat untuk paparkan kerana terikat dengan OSA (Organization Security Act) yang meminta untuk kami menyimpan data perbelanjaan mahupun minit mesyuarat sebagai dokumen yang "terpelihara". Harap pembaca dapat memahami keadaan & situasi yang kami hadapi sekarang.


Semoga dengan laporan ini dapat memberikan kepada anda tentang gambaran sebenar bahawa peruntukan yang ada di pihak kami tidaklah begitu banyak. Kami hanya memberikan apa yang termampu untuk kelangsungan gerakan mahasiswa di UMS.

Sekian, terima kasih.

0 comments: