Salam sejahtera untuk semua,Isu pertama timbul selepas bermulanya kepulangan semula siswa siswi di UMS ni adalah berkaitan dengan KAFETARIA. Terutama yang berada di kafe kolej Anugerah Bestari & Kolej Cemerlang Dinamik.
Sistem tender kafe yang baru memberikan pandangan pertama yang agak teruk untuk mahasiswa di kolej Cemerlang Dinamik (Kolej CD). Kualiti makanan yang dihidangkan agak mengecewakan. Sistem tender baru ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pihak kafe dapat menjaga kebersihan di kafe dengan baik di samping menambah pendapatan pengusaha kafe untuk "sub kontrak" kepada peniaga kecil lain yang berminat untuk berniaga di sini.
Mungkin juga pihak pengusaha kafe ini agak baru dalam mengusahakan kafe di UMS ni. Tapi keperluan mahasiswa di sini sangat banyak. Kalau kafe asyik sahaja mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan terbaik, maka saya di pihak mahasiswa xkan teragak-agak untuk meminta agar pengusaha kafe ini ditukar.
Kepada rakan-rakan mahasiswa, kita berikan pengusaha kafe ini peluang untuk tempoh 2 atau 3 minggu lagi untuk menjadi lebih baik dari yang ada sekarang.Kalo, xberlaku sebarang perubahan, kita akan lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.
Semoga kita sama2 dapat perkhidmatan yang baik di UMS ni..
Sekian..
Wednesday, July 9, 2008
NC baru, kafe baru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamua'laikum w.b.t
Ini kali pertama saya memberikan komen di ruangan blog Saudara Bendahari Kehormat. Seingat saya, antara blog ahli-ahli MPP, inilah blog yang agak selalu dikemaskini.
Usaha murni barisan MPP mewujudkan medium sebegini wajar disokong. Medium ini memberikan ruang khusus bagi setiap orang untuk berinteraksi sendiri dengan ahli-ahli MPP secara maya. Namun, respon dari kalangan Mahasiswa UMS masih lagi ditahap yang mengecewakan.
Seperti yang pernah saudara katakan kepada saya dan rakan yang juga seorang pimpinan pelajar di awal-awal amanah kepimpinan ini diberi, ianya membuktikan bahawa benarlah sekarang apa yang saudara telah perkatakan mengenai medium interaksi antara pimpinan pelajar dengan pelajar.
"Banyak yang telah kita usahakan (keutamaan) untuk mereka tetapi sangat sedikit yang mereka tahu (sedar & memahami) tentangnya".
Saya agak lama mengikuti isu-isu yang diketengahkan oleh sebilangan rakan-rakan kita mengenai segala macam permasalahan yang ada, luar dan dalam UMS. Saya yakin, saudara tahu medium mana yang mereka gunakan.
Justeru, saya mencadangkan agar dikalangan barisan kepimpinan pelajar terutamanya dari kalangan ahli MPP supaya tidak 'menyepikan' diri dari memberikan respon yang senantiasa di medium tersebut. Fikirkan cara terbaik mengenainya (memberikan penjelasan kepada residen bagi setiap isu) sesuai dengan kadar yang termampu.
Ini penting bagi mengelakkan salah faham, kekeliruan dan banyak lagi situasi yang mampu meracuni ramai pihak yang giat mencari kebenaran.
Mengenai isu Kafe baru, Kafe KKCD yang paling mendapat kritikan tajam dari residen. Isu ini hangat ketika mana isu penempatan kolej masih lagi terasa kehangatannya.
Kita selaku pimpinan pelajar mampu memahami dan saya yakin telahpun bersedia dengan pelbagai cara untuk mengurangkan permasalahan yang berlaku. Persoalannya, sejauh manakah kita mampu mengubahnya (dengan ikhtiar yang dipilih) sedangkan ramai dikalangan rakan-rakan kita telahpun 'tawar hati' dengan apa yang kita usahakan?
Sudahlah kita kurang mendapat perhatian dari 'orang yang di bawah', malah perhatian dari 'orang atas' juga kurang memberi kesan. 'Aksi' mereka hanya mampu jelas dilihat bila keadaan sudah bertambah rumit dan sulit.
Maka, ketegasan dalam penguatkuasaan perlulah dilakukan dipelbagai peringkat bagi membendung pelbagai situasi yang mungkin nanti tidak lagi terkawal oleh sesiapapun.
Post a Comment