Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari ini just nk share dengan semua pemca berkaitan isu yang mula hangat diperkatakan oleh pihak tertentu ke atas saya. Kita sering melalak dan melaungkan kata-kata perjuangan yang kononnya untuk memastikan kita sentiasa berjaya membawa nama baik UMS di peringkat intervarsiti. Namun, bila satu pasukan yang "kuat" asyik menjadi perhatian pihak pengurusan dalam membuat pilihan perwakilan yang terbaik untuk membawa nama UMS.
Kita biarkan sebentar isu ini. Bila kita bercakap isu profesionalisme pula, mesti ramai yang terkejut dengan kes-kes penyelewengan yang dilakukan oleh golongan intelek & profesional. Jadi, jangan terkejut sekiranya kes ini berlaku walaupun dengan orang yang paling dekat dengan kita.
Justeru itu, kalaulah kita ini betul-betul inginkan satu roh perjuangan yang betul2 ikhlas dan ingin melihat kejayaan yang akan dicapai itu berterusan, pastikan setiap tindak tanduk kita, keputusan yang dibuat. Memberikan satu kesan yang terbaik untuk generasi yang sedia ada mahupun generasi pelapis yang ada di UMS ini. Kalau kita hanya mahukan SATU kejayaan sahaja. Mungkin bolehlah teruskan dengan "keadah sedia ada" yang boleh memberikan kejayaan sementara yang pasti akan dicanang seluruh pelusuk Bumi ini.
Sekian..
Monday, July 21, 2008
Perjuangan vs Profesionalisme
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam siswa.
saya tertarik dengan entry ini.
antara perjuangan dgn profesionalisme....
kdg2 saya memikirkn situasi UMS(merujuk MPPUMS) yang tiada pbangkang. mungkin kita sehaluan tp adalah wajar jika wujud satu badan yg menjadi 'check n balance' kita.
mengenai isu perjuangan dengan profesionalisme.kdg2 kita tfikir apakah perjuangan sebenar sesetengah MPP. Adakah hanya mengejar ‘nama’ semata-mata? Saya tidak mengatakan saudara sedemikian rupa. Setakat pemerhatian saya, saudara bendahari masih lagi berjaya menjaga nama. Akan tetapi melalui blog saudara, saya cuba mengutarakan persoalan.
Pertama, Apakah perjuangan sebenar MPP? Andai kebajikan cuba diperjuangkan, maka lantanglah. Dari pemerhatian saya, pentadbiran universiti cuba mengkotak-katikkan barisan kepimpinan saudara dan rakan-rakan lain.
Kedua, Kenapa bagai wujud parasit di dalam MPP sendiri? Maksud saya, ada sesetengah EXCO yang hanya bergelar MPP. Tp bagi saya dia tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan. Simpati kepada EXCO yg terpaksa melaksanakan tugas EXCO yg tidak bertanggungjawab tu.
Ketiga, Saya minta disenaraikan semula ‘janji’ pilihanraya semua MPP untuk dipublish di blog saudara. Dan saya ingin lihat sejauh mana realitinya ‘janji’ penjawat gelaran MPP ini.
Sekian.
Sentiasa memerhati dan diperhati.
Terima kasih atas keprihatinan saudara "pemerhati UMS"...Untuk mewujudkan satu badan yang menjadi 'check & balance' untuk MPP UMS, kami sedang mengusahakan agar ia diwujudkan.. Proses ini perlu mengambil satu tempoh yang agak pnjang. Mungkin batch MPP selepas kami insyaallah sempat merasa badan ini.
Saya kurang faham berkaitan dengan percubaan pihak pentadbiran UMS cuba untuk memperkotak-katikkan MPP. Ini kerana, untuk masa sekarang ini, kami sendiri telah pergi sendiri untuk berjumpa dengan pegawai utama universiti dan juga pengarah untuk bahagian yang terbabit dengan kebajikan mahasiswa. Contohnya Bahagian Akademik, Jabatan Bendahari, JPP, Bahagian KEselamatan, PErpustakaan, Pihak Pengusaha Kafe,dan juga pihak HEP sendiri.
Justeru itu, kami sebenarnya telah menyuarakan apa yang sering diperkatakan oleh mahasiswa. Juga masalah yang timbul semasa berurusan dengan pihak terbabit. Ada sampai satu tahap kami sendiri dimarahi oleh pegawai terbabit kerana masalah yang kami minta untuk pihak terbabit selesaikan tidak diterima baik oleh pihak tersebut.
Saya harap jawapan saya untuk setakat ini memuaskan hati saudara "pemerhati".. Saya akan cuba update dengan perkara terkini untuk anda..
Sekian..
saudara hilal.
saya ingin melihat sejauh mana 'janji' pilihanraya telah terlaksana.jadi saya berharap persoalan saya yang ketiga sebelum ini terjawap.
Sekian.
Sentiasa memerhati dan diperhati.
Hebat juga pemerhati ums ni
salam.
saudara agung(mungkin ini gelaran dalam kalangan perwakilan). kita sehaluan dalam isu politik semasa. perjuangan rakyat menjadi paksi.
tapi saya tidak sehebat saudara sehingga digelar agung. tapi eloklah kita kembali muhasabah diri memikirkan adakah pendekatan kita diterima. perjuangan mahasiswa menjadi paksi.
sentiasa memerhati dan diperhati.
Post a Comment