Utusan Malaysia 30 Jun 2008
Oleh RAFIDAH MOHD. ARIFIN
OBJEKTIF penubuhan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ialah untuk melahirkan para cendekiawan, ahli akademik dan juga professional.
IPTA merupakan wadah dan platform bagi mereka menuntut ilmu bukannya sebagai tempat untuk beristirehat atau bersantai, atau tempat melahu. Justeru kita harus melihat kepada peratusan keperluan untuk memberi kebenaran kepada Starbucks, Dunkin Donuts dan Kopitiam untuk berada di IPTA.
Jika ditanya tentang kualiti graduan IPTA sekarang, apakah Kementerian Pengajian Tinggi boleh berbangga dengan pencapaian mereka jika dibandingkan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan oleh pihak universiti? Apakah prestasi, produktiviti dan keberhasilan mereka boleh dimegahkan setara dengan modal yang telah kerajaan laburkan?
Semua persoalan itu perlu dibuat timbang tara sebelum hasrat murni tersebut direalisasikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pendapat awam dan ahli akademik juga perlu diambil kira.
Setiap perkara ada pro dan kontranya. Kedua-duanya perlu melalui satu proses rundingan. Semestinya jika ditanya kepada pihak franchisee, akan tiada kesan negatifnya, kerana mereka ialah pihak 'pembuat untung".

Tetapi sekiranya soalan ini dilontarkan kepada ahli akademik, ibu bapa dan juga orang awam, semestinya akan wujud pelbagai pendapat yang lebih jujur.
Saya melihat idea ini akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada mahasiswa IPTA. Pertamanya, dari aspek kewangan yang tentunya akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri. Bagi yang berkemampuan, mungkin pada mereka minum pagi di Starbucks, minum petang di Dunkin Donuts dan minum malam di Kopitiam, tidak menjadi soal. Sama saja seperti mereka minum di kedai Kak Ani atau juga di warung mamak.
Tetapi apa pula halnya, bagi mereka yang tidak mampu, sebaliknya cuba untuk 'buat-buat mampu' bagi meniru atau menyamakan status dengan pelajar lain? Fenomena ini akan mewujudkan double standard di kalangan pelajar dan mereka akan bersaing secara tidak sihat bagi menyamakan kufu di kalangan mereka.
Di mana-mana sekalipun akan berlaku kecurian, tetapi gejala ini akan lebih meningkat sekiranya mahasiswa yang sedang mengalami masalah kewangan tetapi masih ingin kekal cara hidup mewah.
Sama juga halnya suatu ketika dulu apabila fenomena telefon bimbit melanda di IPTA. Masalah kecurian seringkali berlaku hanya semata-mata pelajar yang tidak mampu pada masa itu terpaksa mencuri untuk memilikinya. Maka, tidak mustahil perkara sama akan terjadi.
Kedua, para ibu bapa juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak meminta dikirimkan wang belanja lebih kononnya kos sara hidup di universiti semakin meningkat.
Dan mungkin lebih teruk lagi bagi anak yang cerdik lebih sikit akan menggunakan alasan kesan harga petrol meningkat maka harga makanan di universiti turut melambung walhal anak mereka minum hot chocolate atau café latte di waktu pagi dan iced blended mocha setiap petang.
Tidak terkecuali juga, ada pelajar yang akan menggunakan wang PTPTN untuk tujuan tersebut.
Harus diingat, walaupun kerajaan telah meluluskan RM3 bilion peruntukan PTPTN, tetapi ia bukanlah untuk bersantai di kafe seumpama itu. Lebih membimbangkan, pelajar akan berjimat atau lebih berkira untuk membeli buku atau membayar yuran hanya semata-mata untuk bersantai. Implikasi beginilah yang kita tidak mahu terjadi.

Pandangan ini bukanlah bersifat konservatif, tetapi lebih memikirkan soal sejauh mana keperluan cadangan itu. Antara alasan yang di beri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron ialah pelajar IPTA memerlukan perkhidmatan Wi-Fi untuk mengulangkaji kerana sebelum ini mereka perlu keluar dari kawasan universiti untuk tujuan tersebut.
Saya mencadangkan apalah kiranya jika pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyediakan perkhidmatan Wi-Fi waima yang terbaik sekalipun di seluruh IPTA. Maka tiadalah lagi alasan untuk mereka keluar mencari perkhidmatan tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak universiti dapat menyediakan atau menaik taraf kafe-kafe yang sedia ada agar boleh menarik minat mahasiswa menggunakan waktu senggang mereka untuk mengulangkaji pelajaran, bersosial dengan teman-teman atau menjamu selera.

Namun demikian, jika pihak kementerian tetap berpendirian untuk membawa masuk kafe-kafe francais, saya cadangkan agar kafe-kafe tempatan seperti Kluang Station, Secret Recipe dan Old Town White Coffee diberi peluang.
Kafe berkenaan urut menyediakan hidangan yang hampir serupa dan dalam masa yang sama pihak kementerian dapat membantu jualan pengusaha kafe tempatan.
Sebagai rakyat tempatan, tidak perlulah kita berbangga sangat dengan produk-produk dari Amerika ini, kerana kita juga mempunyai kualiti yang hampir sama tetapi populariti yang kurang dek kerana sikap kita yang sukakan produk luar.

Cuba kita ambil inspirasi daripada bangsa Perancis yang mengawal kemasukan produk Amerika tetapi mewujudkan lebih banyak kafe dan bistro kemudian menjenamakannya dengan nama Perancis seperti Delifrance dan sebagainya.
Bangsa mereka terkenal dengan penjenamaan seperti 'french toast, french silk, french fries' dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyatnya kepada produk tempatan dan ternyata ia berjaya.
Amat sukar untuk kita minum di Starbucks ketika berada Perancis walaupun ia memiliki sebanyak 15,700 outlet di 43 buah negara dan salah satunya Malaysia.
Sekali lagi saya memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian, penelitian dan penilaian sebelum idea itu dilaksanakan. Janganlah kita lupa bagaimana warga Universiti Malaya membantah sekeras-kerasnya kemasukan Mc Donalds pada tahun 1999 dan akhirnya hasrat itu tidak dilaksanakan walaupun premisnya sudah siap.
Tetapi, pada masa yang sama warga Universiti Malaysia masih lagi tidak kempunan untuk makan Big Mac dan Cheese Burger di sekitar Petaling Jaya.

0 comments:
Post a Comment