Thursday, August 14, 2008

10% yang membahayakan...

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sampainya saya dari kota Jakarta terus kami delegasi mahasiswa MAlaysia dikejutkan dengan berita dari Utusan & Berita Harian berkaitan cadangan dari Menteri Besar Selangor untuk dibuka kuota sebanyak 10% untuk bukan bumiputera bagi kemasukan ke UiTM..

Isu nie telah membangkitkan kemarahan beberapa pihak yang terus saja melatah. Saya pada mulanya ikut melatah apabila membaca isu ini.Tapi, demi menjaga kredibiliti mahasiswa, saya terpaksa menahan diri untuk diam dahulu. Kini saya tampil untuk menyatakan pendirian saya berkenaan cadangan MB Selangor ini.

Pada pendapat saya cadangan ini tidak wajar diambil peduli oleh kabinet sekarang mahupun kabinet akan datang(pakatan DSAI mungkin jadi mungkin x). Ini kerana tujuan utama UiTM diwujudkan ialah bagi memastikan jurang sosial antara kaum di Malaysia dapat dikurangkan lantas memastikan perpaduan di Malaysia terus kukuh. Cadangan untuk dibuka kuota sebanyak 10% ini sebenarnya telahpun diaplikasikan kepada pengambilan pelajar MRSM yang kononnya untuk memastikan wujudnya persaingan yang sihat yang mampu meningkatkan prestasi pelajar MRSM seluruh Malaysia. Apa yang kita lihat, prestasi pelajar di MRSM seluruh Malaysia masih kekal sama malah langsung tidak berlaku sebarang peningkatan mendadak ataupun kenaikan dalam prestasi keputusan peperiksaan pelajar MRSM. Jadi, adakah cadangan ini masih boleh dikatakan relevan untuk diaplikasikan di peringkat UiTM????

Selain itu, untuk membincangkan isu ini, kita tidak sepatutnya melihat dari sudut politik. Kalau ingin mengatakan pihak Pakatan Rakyat cuba untuk menjual Kedudukan Istimewa Melayu kepada golongan bukan bumiputera, pada saya pemimpin Barisan Nasional juga turut banyak telah "menjual" Kedudukan Istimewa ini bagi mengambil hati atau memancing undi masyarakat bukan bumiputera di Malaysia. Jadi, sebagai pembawa ideologi orang muda, perlu kita pastikan di sini agar sebarang cadangan yang cuba dikemukakan di peringkat kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat pastikan ianya x mencetuskan kekacauan antara kaum.

Pada saya, percubaan ini mungkin akan memberikan "hadiah" yang sangat teruk kepada sambutan kemerdekaan Malaysia ke 51. Pertahankan kemerdekaan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Semoga Malaysia terus gemilang.

0 comments: