Friday, June 13, 2008

Perjumpaan Dengan Bahagian Perkhidmatan Akademik.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pagi tadi jam 10 pagi seramai 8 orang MPP telah berkunjung ke Bahagian Perkhidmatan Akademik di Tingkat 3 Banggunan Canselori. Tujuan utama kami ialah untuk merapatkan hubungan Persatuan Mahasiswa dengan pihak BPA bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan BPA bertambah baik dan juga perkhidmatan yang diterima pelajar juga bagus.

Pertemuan lebih kurang 1jam setengah itu banyak membincangkan berkaitan dengan dasar yang digunakan oleh pihak BPA dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.

Akan tetapi, apa yang menakutkan dalam perbincangan kali ini, situasinya menjadi sangat panas semasa di pertengahan perjumpaan dengan pihak BPA ini. Apa yang berlaku, apabila pihak saya menanyakan berkenaan kualiti kaunter perkhidmatan pihak BPA, beliau minta komen dari pihak saya. Jadi saya pun memberikan pendapat bahawa di kaunter BPA kurang berkualiti. Apa yang saya maksudkan ialah kurang berkualiti dari segi pengurusan dokumen pelajar dan juga pengurusan dalam menguruskan pelanggan yang datang ke kaunter. Apa yang terjadi pada saya, saya dituduh untuk mengatakan bahawa pihak BPA tidak berkualiti.

Maka berlakulah pula perbahasan dengan pihak BPA berkaitan "kurang berkualiti" dengan "tidak berkualiti". Saya pon menjelaskan & menegaskan bahawa perbezaannya sangat ketara dengan memberikan analogi makan. Kurang makan dan tidak makan berbeza kan??? Nasib la terjawab juga persoalan diorang nie.. Takut kontroversi plak nanti. Tapi alhamdulillah perjumpaan kami tu mendapat kata putus yang agak menarik.

  1. Kami akan terus saja menghubungi pihak BPA sekiranya berlaku masalah berkaitan masalah pelajar di BPA.
  2. Pendaftaran untuk pelajar tahun 3 dan ke atas, masih manual manakala untuk pelajar tahun 2, online macam biasa.
  3. Pendekatan untuk mengantarabangsakan UMS dijalankan dengan mewujudkan Buku Prospektus & Buku Ringkasan Kursus dalam English.

Kesimpulannya di sini, kiranya rakan-rakan siswa ada masalah dalam mendaftarkan kursus nanti ataupun masalah ketika pertukaran program, bolehlah menghubungi mana-mana MPP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

0 comments: