Thursday, July 31, 2008

Memo PTPTN...

1. Kepada pelajar dalam senarai (dilampirkan yang telah membuat aduan berkenaan dengan masalah PTPTN [kata lauan]) Sila rujuk penyelesaian masalah anda seperti dalam lampiran.

2. Bagi pelajar yang belum membuat permohonan secara online, anda masih boleh membuat permohonan. TArikh tutp permohonan pada 6 Ogos 2008. Kepada pelajar yang mempunyai masalah dengan kata laluan dan kad pengenalan mohon untuk membuat aduan segera ke Pejabat HEP sebelum 6 Ogos 2008.

3. Sesi kutipan bagi kelompok 2, 3, & 4 akan diadakan pada 6 hingga 9 Ogos 2008 bertempat di Bilik Seminar Anjung Siswa HEP jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi pelajar yang ingin membuat pengesahan perjanjian dan dokumen bolehlah mendaatkan pengesahan mulai hari ini di HEP. Sesi kutipan mengikut kelompok masing-masing dan senarai nama pelajar.

4. Pelajar dalam senarai (yang mendapat tajaan PTPTN & JPA) mohon datang ke Pejabat HEP di Anjung Siswa dengan segera.

* Setiap lampiran senarai nama ada dilekatkan di kawasan berikut:
1.Kolej AB & Kolej CD: Papan kenyataan di "bustop" depan kafe.
2.Kolej E: Papan Kenyataan Depan Pejabat HEP Kolej E.
3.Papan Kenyataan Library.

Sekian, Harap Maklum.

Pesanan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Wednesday, July 30, 2008

Rumusan Debat Alam Sekitar IPT Malaysia 2008.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, berakhir sudah Pertandingan Debat Alam Sekitar Peringkat IPT Malaysia kali ke-15. Juaranya seperti yang kita ketahui UiTM. Naib Juara pula jatuh kepada UIAM.Pertandingan debat kali ini telah diwakili oleh 24 IPT dari seluruh Malaysia yang berlangsung bermula 26 Julai 2008 yang lalu.

Laluan bagi pasukan debat UMS sekali lagi terkandas semasa bertemu dengan pasukan UM. Masuk kali ini dah lebih 8 kali jaguh debat UMS berjumpa dengan pasukan UM dan tidak pernah lagi pasukan UMS berjaya mengalahkan pihak UM. Justeru itu, mungkin ada hikmah di sebalik "terkandasnya" pasukan debat UMS kali ini. Apa yang penting sekarang, kita perlu gandakan usaha untuk kembali memartabatkan nama UMS di arena debat intervarsiti.

Kepada peserta-peserta debat, sekiranya ada masalah atau kesusahan yang dialami sepanjang penganjuran kami sebagai tuan rumah kali ini, kami pohon sejuta kemaafan. Seperti kata pepatah, "mustahil kalau diadakan kenduri, tiada pinggan yang pecah". Diharapkan segala yang berlaku di sini telah menjadi sejarah yang boleh dikongsikan bersama di masa depan.

Tahniah juga diucapkan kepada bahagian pelaksana di bawah seliaan saudara Afiq, Exco Sains & Alam Sekitar MPP. Segala kerjasama & penat lelah anda ini pasti memeberikan lebih banyak ilmu & pengalaman berguna untuk anda terus menceburkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan di UMS. Semoga UMS terus "bertekad cemerlang".

Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah.
Sekian.

Tuesday, July 29, 2008

Komplen... Komplen... Komplen..

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Ini isu yang agak hangat dan mampu menghangatkan bagi sesiapa yang berada di kerusi MPP. Pihak kami akan sentiasa mendapat aduan atau bahasa yang selalu digunapakai "komplen" yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris complain...

Jadi, satu inisiatif yang mantap telah diambil oleh Saudara Choong Jian Ming & Saudara Farizul dari Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar (Exco 3P), iaitu mereka telah mula keluarkan borang aduan yang bercop MPP untuk memudahkan mahasiswa membuat aduan kepada pihak kami agar lebih mudah untuk kami meneliti permasalahan yang berlaku di kampus UMS ini.

Untuk mendapatkan borang aduan tersebut, anda semua bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkannya di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Tinkat 1, Banggunan Anjung Siswa. Untuk pertanyaan lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian terus saudara Choong Jian Ming di talian 016 483 6717 atupun berhubung terus dengan saudara Farizul 017 819 2610.

Untuk pengetahuan rakan siswa siswi sekalian, kami banyak menerima aduan yang meliputi pelbagai masalah perkhidmatan pelajar. Apa yang melambatkan keadaan, pihak kami tiada bukti hitam putih (black & white) berkaitan aduan yang dibuat. Biasanya aduan ini dibuat hanya sekadar cakap-cakap sahaja. Jadi, bagi membolehkan kami membuktikan kepada pihak pengurusan universiti, anda semua diharapkan dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya dengan membuat aduan melalui ruang yang telah kami sediakan ini.

Diharapkan dengan ruang sebegini mampu memastikan kebajikan & perkhidmatan untuk kita sentiasa terjaga dan berkualiti semi memastikan kita sebagai peneraju keunggulan ummah.

Sekian, buatlah aduan dengan bijak.

Sunday, July 27, 2008

Anugerah Akademik Negara 2007 @ PICC.

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Pagi jumaat yang lalu, saya bersama 3 orang MPP lain dijemput ke Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 di Pusat Konvensyen Antaravangsa Putrajaya. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ini dihadiri oleh semua ahli akademik, seniman dan juga pegawai utama dari setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Anugerah Akademik Negara atau akronimnya AAN ini merupakan kali ke 2 diadakan untuk menghargai & membuat penilaian untuk hasil kajian yang dibuat oleh anak tempatan dari IPT yang ada di Malaysia.
Semasa majlis ini berlangsung, kami sempat berjumpa dengan Naib Canselor UMS yang pertama iaitu Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman.Sempat juga kami bersembang mengenai UMS bersama beliau.Satu pengalaman yang xboleh saya lupakan.
Akhir sekali, apa yang menarik sepanjang majlis ini berlangsung ialah idea yang saya dapat untuk membolehkan saya lebih kreatif dalam memberikan lebih banyak peluang untuk anak Malaysia dalam menghasilkan kajian yang kritis dan kreatif setanding dengan anak-anak dari negara maju yang lain. Insyaallah.
Pemenang anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara 2007 ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr Syed Jalaludin bin Syed Salim dari UPM. Berikut ialah lain-lain pemenang berdasarkan kategori yang telah dipertandingkan:
Anugerah Makalah Jurnal : Profesor Dr. Onn bin Haji Hashim (UM)
Anugerah Penerbitan Buku : Prof Madya Dr Nordin bin Hussin (UKM)
Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk : Prof Madya Dr Syed Omar bin Syed Rastan (UPM)
Anugerah Seni & Kreatif : Prof Madya Zulkifli bin Yusoff (UPSI)
Tahniah kepada semua pemenang. Biarpun tiada seorang pun wakil dari UMS, ini sebenarnya menjadi satu titik tolak untuk memastikan ahli akademik UMS terus berjuang untuk memartabatkan nama UMS di arena kebangsaan.

Bersama Tan Sri Prof Datuk Seri Panglima Dr Abu Hassan Othman. Naib Canselor pertama UMS.

Ketika menghirup udara segar PICC..



Sekian saja untuk entry kali ni...

Monday, July 21, 2008

Perjuangan vs Profesionalisme

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini just nk share dengan semua pemca berkaitan isu yang mula hangat diperkatakan oleh pihak tertentu ke atas saya. Kita sering melalak dan melaungkan kata-kata perjuangan yang kononnya untuk memastikan kita sentiasa berjaya membawa nama baik UMS di peringkat intervarsiti. Namun, bila satu pasukan yang "kuat" asyik menjadi perhatian pihak pengurusan dalam membuat pilihan perwakilan yang terbaik untuk membawa nama UMS.

Kita biarkan sebentar isu ini. Bila kita bercakap isu profesionalisme pula, mesti ramai yang terkejut dengan kes-kes penyelewengan yang dilakukan oleh golongan intelek & profesional. Jadi, jangan terkejut sekiranya kes ini berlaku walaupun dengan orang yang paling dekat dengan kita.

Justeru itu, kalaulah kita ini betul-betul inginkan satu roh perjuangan yang betul2 ikhlas dan ingin melihat kejayaan yang akan dicapai itu berterusan, pastikan setiap tindak tanduk kita, keputusan yang dibuat. Memberikan satu kesan yang terbaik untuk generasi yang sedia ada mahupun generasi pelapis yang ada di UMS ini. Kalau kita hanya mahukan SATU kejayaan sahaja. Mungkin bolehlah teruskan dengan "keadah sedia ada" yang boleh memberikan kejayaan sementara yang pasti akan dicanang seluruh pelusuk Bumi ini.

Sekian..

Sunday, July 20, 2008

Program Rehlah PMUMS..

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Just nk share beberapa gambar masa program Rehlah PMUMS anjuran Exco Sukan & Rekreasi. Biarpun sambutan x berapa menggalakkan, tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik & sangat seronok..


Nie antara muka yang sempat menghadirkan diri.



Mat Nor ketika membaling bola..


Suhaini selepas menjilat tepung..


Saudara Azan, pengarah program ketika memberikan arahan.

Berehat selepas acara ke 3..

Rehat lagi...

Jalil yang berlagak seperti pemain profesional.


Apa-apa pun, memang best la Rehlah kali nie...
Semoga program selepas nie dapat memberikan kita lebih inspirasi untuk beriadah..ehe
Sekian...







Saturday, July 19, 2008

Kenapa di waktu malam??

Assalamualaikum...

Kenapa waktu malam??
Mungkin kerana semua orang "free" dan tidak bekerja...
Mungkin juga orang ramai x dapat menikmati kehidupan yang sejuk & selesa.
Mungkin kerana pihak penganjur boleh memberikan "effect" yang menarik melalui bantuan pencahayaan lampu neon.

Di situ kita boleh lihat macam-macam...
Di situ kita boleh tengok banyak 'air kencing'...
Di situ kita boleh lihat banyak asap...
Di situ kita boleh lihat banyak pergaulan yang "sihat"..
Di situ kita boleh lihat banyak ciuman..
Di situ kita boleh lihat banyak pelukan..

Banyak anak bangsa khayal dengan "4 minutes"...
Banyak anak bangsa goyang kepala..
Banyak anak bangsa goyang bahu..
Banyak anak bangsa goyang pinggul...
Banyak juga anak bangsa goyang segala-galanya...

Bila matahari mula terbit..
Semua mula pulang...
Sampai terlupa bahawa Subuh merupakan permulaan hari...
Balik saja terus terlena..
Esok sambung lagi....

Friday, July 18, 2008

Debat Khas Datuk Ahmad Sabery Chik & Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Assalamualaikum & salam sejahtera,





Debat khas yang dianjurkan oleh Agenda Daily ini menarik perhatian seluruh warga Malaysia. Tajuk perdebatan ialah "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Perdebatan satu lawan satu ini merupakan satu perdebatan yang amat menarik pada pemerhatian saya. Juga dijemput wakil dari pihak Datuk Ahmad Shabery Chik, iaitu Tan Sri Nordin Kardi. Manakala di pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewakilkan En Zulkifli Sulong sebagai wakil untuk bertanyakan soalan.




Maaf kerana lewat update & respon berkaitan perdebatan ini kerana kami di pihak MPP pada masa siaran langsung sedang mengadakan mesyuarat mingguan di Anjung Siswa. Justeru itu saya hanya sempat menonton melalui laman Youtube. Terima kasih kepada pengupload video perdebatan yang boleh dikatakan sebagai bersejarah ini.




Saya akan memberikan pendapat berdasarkan struktur di pihak "kerajaan" iaitu di pihak Datuk Ahmad Shabery Chik dan juga di pihak "pembangkang" yang diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Perdebatan bermula dengan opening statement dari pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu pembukaan kes yang menarik dan telah mengikat konsep perdebatan agar tampak kemas dan adil untuk diperdebatkan.




Seterusnya di pihak "kerajaan", Datuk Ahmad Shabery pada hemat saya telah tersilap langkah kerana membahaskan perkara yang boleh dianggap lari dari konsep asal yang telah dijelaskan pada opening statement yang telah dibincangkan oleh DSAI.




Perdebatan menjadi semakin hangat apabila DASC telah "menembak" DSAI berkaitan sejarah lampau beliau. Ini merupakan tindakan yang kurang profesional pada saya. Sekiranya perdebatan ini ingin membincangkan berkaitan isu minyak & kebajikan rakyat, kenapa mesti kita membincangkan soal peribadi individu??? Ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan.




Tindakan DSAI yang cool & tenang semasa menjawab "pertuduhan" oleh DASC telah memberikan satu impak yang amat positif terhadap karkter beliau. Saya sendiri menjadi amat yakin dengan kaedah ucapan umum yang digunapakai oleh DSAI dalam mengendalikan isu sebegini. Perdebatan yang berlaku pada saya telah "berat" ke arah DSAI kerana beliau menggunakan masa perdebatan sebaiknya untuk berhujah berbanding dengan DASC yang hanya menggunakan masa yang singkat untuk berhujah. Hujah yang diketengahkan hanya membuktikan usaha-usaha zaman prasejarah dulu. Tiada cadangan baru yang cuba diketengahkan semasa perdebatan ini.

Kesimpulannya, pada saya kalau ini merupakan pertandingan debat yang sebenar, DSAI yang menang. pertamanya kerana Konsep yang telah diikat pada awal perdebatan telah dihujahkan dengan kemas oleh beliau dari awal sehingga akhir perdebatan. Saya tidak akan hairan sekiranya beliau mampu untuk menang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.
Di pihak DASC pula, saya amat berbangga dengan keberanian beliau sebagai "menteri junior" dalam kabinet 2008 ini yang sanggup menghadapi cabaran untuk berdebat dengan DSAI yang memang diketahui kehebatannya dalam berdebat. Namun, apa yang mengecewakan ialah keupayaan beliau dalam berhujah dan menjawab pertuduhan DSAI terhadap kerajaan. Pada saya beliau tidak mampu untuk meyakinkan seisi penonton samada di studio mahupun di rumah bahawa kerajaan telah melakukan perkara yang terbaik demi kebajikan rakyat. Keraguan dalam tindakan kerajaan yang ditimbulkan oleh DSAI juga tidak dapat dijawab dengan baik. Hanya meragukan kes DSAI dengan mengimbau kembali sejarah silam DSAI sahaja tidak cukup kuat untuk mendapat kembali keyakinan rakyat.

Sekian, itu sahaja pendapat yang dapat saya utarakan buat masa ini. Ucapan syabas & tahniah kepada kedua-dua pendebat dan juga pihak penganjur yang berjaya membuat kelainan untuk memastikan rakyat lebih faham dengan apa yang cuba diperjuangkan oleh Wakil Rakyat.

Thursday, July 17, 2008

Anwar ditangkap lagi..

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Petang ni saya terbaca berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan ketika perjalanan pulang ke rumahnya selepas memberi keterangan kepada pihak BPR. Berita melaporkan bahawa Anwar ditahan pada jam 1.00 petang untuk memberi keterangan mengenai kes liwatnya ke atas Saiful Bahari, bekas MPP UniTEN.

Ikuti berita selanjutnya di Utusan Online (www.utusan.com.my).

Sekian..

Wednesday, July 16, 2008

Universiti Mimpi Selalu ---> UMS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kali ni saya nk kupas berkenaan masalah "kegersangan" UMS dalam mengecapi kejayaan di arena debat peringkat IPT. Untuk pengetahuan pembaca, UMS akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Alam Sekitar IPTA 2008. Justeru itu, pendebat UMS diberi tanggungjawab yang amat besar kerana mereka ini perlu memastikan kejuaraan menjadi milik UMS pada pertandingan kali ini.

Akan tetapi, apa yang mengecewakan pihak saya ialah, faktor pemilihan pendebat UMS itu sendiri. Kaedah yang digunakan seolah-olah menidakkan maruah & penat lelah pendebat generasi baru UMS. Tindakan yang dibuat juga seolah-olah menunjukkan latihan yang dibuat "setengah mati" tidak mampu memberikan keyakinan di pihak jawatankuasa pemilihan pendebat untuk dijadikan wakil pendebat UMS.

Satu langkah "bijak" yang diambil ialah dengan mengambil "pendebat tua" yakni pendebat yang menunggu masa untuk konvo pada Ogos nanti. Kononnya "pendebat tua" ini bakal mejuarakan UMS nanti atas kehebatan yang ada pada mereka ini.

Saranan saya untuk pendebat generasi baru, pastikan hak & maruah anda sentiasa terjaga! Jangan terus menghambakan diri kepada perkara yang xkan memberikan masa depan yang gemilang untuk anda. Kerana segala perkara yang berlaku dalam dunia debat UMS sekarang menunjukkan mimpi yang xkan menjadi realiti. Percayalah..

Sekian..

Saturday, July 12, 2008

Tabung PMUMS...

Assalamualaikum & salam sejahtera,


Setelah lama berusaha, hari ini alhamdulillah saya dapat menyiapkan laporan kewangan yang lengkap untuk anda semua berkenaan dengan perbelanjaan tabung PMUMS yang diamanahkan kepada kami di pihak MPP untuk menguruskannya.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 dalam peruntukan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah. Perkara 52 (12) telah menyatakan bahawa "MPP boleh menyelenggara Suatu kumpulan wang Persatuan yang terdiri daripada yuran yang dibayar oleh ahli Persatuan"


Juga dalam Perkara 52, disebutkan dalam subseksyen (14) bahawa "Kumpulan wang Persatuan boleh dibelanjakan untuk membayar kos pentadbiran Persatuan, termasuk kos mengaudit akaunnya, dan untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada apa-apa yang dijalankan oleh Persatuan bagi melaksanakan tugas & fungsinya yang dinyatakan dalam subseksyen (10).


Berikut ialah laporan yang dapat saya sampaikan untuk tatapan anda semua. Untuk laporan secara terperinci, kami di pihak MPP tak dapat untuk paparkan kerana terikat dengan OSA (Organization Security Act) yang meminta untuk kami menyimpan data perbelanjaan mahupun minit mesyuarat sebagai dokumen yang "terpelihara". Harap pembaca dapat memahami keadaan & situasi yang kami hadapi sekarang.


Semoga dengan laporan ini dapat memberikan kepada anda tentang gambaran sebenar bahawa peruntukan yang ada di pihak kami tidaklah begitu banyak. Kami hanya memberikan apa yang termampu untuk kelangsungan gerakan mahasiswa di UMS.

Sekian, terima kasih.

Pelajar Sekolah Sains Teknologi Meninggal.

Assalamualaikum & Salam sejahtera ...

Hari ni saya menerima berita yang agak menyedihkan.. Seorang pelajar Tahun 2 Sekolah Sains & Teknologi dari program Sains Sekitaran telah meninggal dunia kerana mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Setelah sampai di hospital Queen Elizabeth jam 2.30 petang, sesi post-moterm telah selesai. Ibubapa pelajar tersebut turut ada.. Keadaan sangat menyedihkan.

Pesanan untuk rakan-rakan siswa UMS, sekiranya berlaku sebarang kesakitan dan sindrom yang membahayakan kesihatan anda, harap anda terus merujuk ke hospital atau pusat kesihatan.

Ucapan takziah untuk keluarga Ng Ai Chen. Semoga roh terus mendapat tempat yang baik di sana.

Friday, July 11, 2008

Lawatan Muhibbah Sekretariat Kebajikan Kolej UKM.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari nie kami menerima lawatan dari 17 orang delegasi dari UKM. Lawatan mereka ke sini sebenarnya untuk mendapatkan & mengumpul sebanyak mungkin pengalaman di Sabah. Hari ini merupakan hari pertama dan antara destinasi pertama ialah UMS. Ini merupakan satu kunjungan bersejarah pada pendapat kami di MPP UMS, kerana biasanya lawatan ke UMS nie merupakan lawatan penutup untuk kunjungan IPT yang datang ke Sabah ini. Tapi kali ini, kunjungan dari Sekretariat Kebajikan Kolej ini menjadikan UMS sebagai destinasi pertama untuk mereka lawati.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Thursday, July 10, 2008

PTPTN terpotong lebih?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada hari Selasa,8 Julai 2008 semua pelajar tahun 2 ke atas di UMS ni telah dimasukkan wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) masing-masing.

Maka ramailah yang dah mula keluar ke 1 Borneo, shopping di KK dan ada juga yang mula merancang untuk memastikan tiada masalah kewangan di masa depan.

Akan tetapi, banyak persoalan yang diajukan kepada pihak saya dan MPP yang lain. Kenapa ada pemotongan yang dipotong lebih???? Ada yang menuduh Jabatan Bendahari UMS telah "makan" duit student. Ada jugak siswa yang tanya saya kenapa ada pemotongan sampai RM400??

Sebenarnya, pemotongan yang lebih bukan kerana kenaikan yuran di UMS. Akan tetapi, pemotongan tersebut (dalam kadar RM100 - RM400)adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh pihak PTPTN untuk bayaran insurans pinjaman. Relevan bayaran insuran ini adalah untuk jaminan perlindungan semasa kita sebagai siswa meminjam melalui PTPTN.

Diharapkan penerangan ni dapat merungkaikan segala kekusutan di pihak mahasiswa...

Sekian, wassalam..

Wednesday, July 9, 2008

NC baru, kafe baru...

Salam sejahtera untuk semua,Isu pertama timbul selepas bermulanya kepulangan semula siswa siswi di UMS ni adalah berkaitan dengan KAFETARIA. Terutama yang berada di kafe kolej Anugerah Bestari & Kolej Cemerlang Dinamik.

Sistem tender kafe yang baru memberikan pandangan pertama yang agak teruk untuk mahasiswa di kolej Cemerlang Dinamik (Kolej CD). Kualiti makanan yang dihidangkan agak mengecewakan. Sistem tender baru ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pihak kafe dapat menjaga kebersihan di kafe dengan baik di samping menambah pendapatan pengusaha kafe untuk "sub kontrak" kepada peniaga kecil lain yang berminat untuk berniaga di sini.
Mungkin juga pihak pengusaha kafe ini agak baru dalam mengusahakan kafe di UMS ni. Tapi keperluan mahasiswa di sini sangat banyak. Kalau kafe asyik sahaja mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan terbaik, maka saya di pihak mahasiswa xkan teragak-agak untuk meminta agar pengusaha kafe ini ditukar.

Kepada rakan-rakan mahasiswa, kita berikan pengusaha kafe ini peluang untuk tempoh 2 atau 3 minggu lagi untuk menjadi lebih baik dari yang ada sekarang.Kalo, xberlaku sebarang perubahan, kita akan lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.

Semoga kita sama2 dapat perkhidmatan yang baik di UMS ni..
Sekian..