Monday, June 30, 2008

Lebih baik lengkapkan IPTA dengan Wi-Fi

Utusan Malaysia 30 Jun 2008


Oleh RAFIDAH MOHD. ARIFIN

OBJEKTIF penubuhan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ialah untuk melahirkan para cendekiawan, ahli akademik dan juga professional.

IPTA merupakan wadah dan platform bagi mereka menuntut ilmu bukannya sebagai tempat untuk beristirehat atau bersantai, atau tempat melahu. Justeru kita harus melihat kepada peratusan keperluan untuk memberi kebenaran kepada Starbucks, Dunkin Donuts dan Kopitiam untuk berada di IPTA.

Jika ditanya tentang kualiti graduan IPTA sekarang, apakah Kementerian Pengajian Tinggi boleh berbangga dengan pencapaian mereka jika dibandingkan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan oleh pihak universiti? Apakah prestasi, produktiviti dan keberhasilan mereka boleh dimegahkan setara dengan modal yang telah kerajaan laburkan?

Semua persoalan itu perlu dibuat timbang tara sebelum hasrat murni tersebut direalisasikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pendapat awam dan ahli akademik juga perlu diambil kira.
Setiap perkara ada pro dan kontranya. Kedua-duanya perlu melalui satu proses rundingan. Semestinya jika ditanya kepada pihak franchisee, akan tiada kesan negatifnya, kerana mereka ialah pihak 'pembuat untung".

Tetapi sekiranya soalan ini dilontarkan kepada ahli akademik, ibu bapa dan juga orang awam, semestinya akan wujud pelbagai pendapat yang lebih jujur.

Saya melihat idea ini akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada mahasiswa IPTA. Pertamanya, dari aspek kewangan yang tentunya akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri. Bagi yang berkemampuan, mungkin pada mereka minum pagi di Starbucks, minum petang di Dunkin Donuts dan minum malam di Kopitiam, tidak menjadi soal. Sama saja seperti mereka minum di kedai Kak Ani atau juga di warung mamak.

Tetapi apa pula halnya, bagi mereka yang tidak mampu, sebaliknya cuba untuk 'buat-buat mampu' bagi meniru atau menyamakan status dengan pelajar lain? Fenomena ini akan mewujudkan double standard di kalangan pelajar dan mereka akan bersaing secara tidak sihat bagi menyamakan kufu di kalangan mereka.

Di mana-mana sekalipun akan berlaku kecurian, tetapi gejala ini akan lebih meningkat sekiranya mahasiswa yang sedang mengalami masalah kewangan tetapi masih ingin kekal cara hidup mewah.

Sama juga halnya suatu ketika dulu apabila fenomena telefon bimbit melanda di IPTA. Masalah kecurian seringkali berlaku hanya semata-mata pelajar yang tidak mampu pada masa itu terpaksa mencuri untuk memilikinya. Maka, tidak mustahil perkara sama akan terjadi.

Kedua, para ibu bapa juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak meminta dikirimkan wang belanja lebih kononnya kos sara hidup di universiti semakin meningkat.

Dan mungkin lebih teruk lagi bagi anak yang cerdik lebih sikit akan menggunakan alasan kesan harga petrol meningkat maka harga makanan di universiti turut melambung walhal anak mereka minum hot chocolate atau café latte di waktu pagi dan iced blended mocha setiap petang.
Tidak terkecuali juga, ada pelajar yang akan menggunakan wang PTPTN untuk tujuan tersebut.
Harus diingat, walaupun kerajaan telah meluluskan RM3 bilion peruntukan PTPTN, tetapi ia bukanlah untuk bersantai di kafe seumpama itu. Lebih membimbangkan, pelajar akan berjimat atau lebih berkira untuk membeli buku atau membayar yuran hanya semata-mata untuk bersantai. Implikasi beginilah yang kita tidak mahu terjadi.

Pandangan ini bukanlah bersifat konservatif, tetapi lebih memikirkan soal sejauh mana keperluan cadangan itu. Antara alasan yang di beri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron ialah pelajar IPTA memerlukan perkhidmatan Wi-Fi untuk mengulangkaji kerana sebelum ini mereka perlu keluar dari kawasan universiti untuk tujuan tersebut.

Saya mencadangkan apalah kiranya jika pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyediakan perkhidmatan Wi-Fi waima yang terbaik sekalipun di seluruh IPTA. Maka tiadalah lagi alasan untuk mereka keluar mencari perkhidmatan tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak universiti dapat menyediakan atau menaik taraf kafe-kafe yang sedia ada agar boleh menarik minat mahasiswa menggunakan waktu senggang mereka untuk mengulangkaji pelajaran, bersosial dengan teman-teman atau menjamu selera.

Namun demikian, jika pihak kementerian tetap berpendirian untuk membawa masuk kafe-kafe francais, saya cadangkan agar kafe-kafe tempatan seperti Kluang Station, Secret Recipe dan Old Town White Coffee diberi peluang.

Kafe berkenaan urut menyediakan hidangan yang hampir serupa dan dalam masa yang sama pihak kementerian dapat membantu jualan pengusaha kafe tempatan.
Sebagai rakyat tempatan, tidak perlulah kita berbangga sangat dengan produk-produk dari Amerika ini, kerana kita juga mempunyai kualiti yang hampir sama tetapi populariti yang kurang dek kerana sikap kita yang sukakan produk luar.

Cuba kita ambil inspirasi daripada bangsa Perancis yang mengawal kemasukan produk Amerika tetapi mewujudkan lebih banyak kafe dan bistro kemudian menjenamakannya dengan nama Perancis seperti Delifrance dan sebagainya.
Bangsa mereka terkenal dengan penjenamaan seperti 'french toast, french silk, french fries' dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyatnya kepada produk tempatan dan ternyata ia berjaya.
Amat sukar untuk kita minum di Starbucks ketika berada Perancis walaupun ia memiliki sebanyak 15,700 outlet di 43 buah negara dan salah satunya Malaysia.
Sekali lagi saya memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian, penelitian dan penilaian sebelum idea itu dilaksanakan. Janganlah kita lupa bagaimana warga Universiti Malaya membantah sekeras-kerasnya kemasukan Mc Donalds pada tahun 1999 dan akhirnya hasrat itu tidak dilaksanakan walaupun premisnya sudah siap.
Tetapi, pada masa yang sama warga Universiti Malaysia masih lagi tidak kempunan untuk makan Big Mac dan Cheese Burger di sekitar Petaling Jaya.

Saturday, June 28, 2008

Makluman untuk anda..

Assalamualaikum & selamat sejahtera untuk semua.

Maaf kerana lambat memasukkan entry terkini untuk anda semua.
Saya terpaksa untuk pulang ke Penang kerana ada kecemasan yang melibatkan ahli keluarga saya di rumah. Baru tadi saya sampai di UMS untuk hari terakhir Iduksi Minggu Suai Mesra sesi 2008/2009.


Berikut ialah maklumat terkini yang saya dapat untuk anda..
1. Wang PTPTN mula dimasukkan ke akaun semua mahasiswa UMS bermula hari ini (27 Jun 2008). Ini bermakna, menjelang 8 Julai 2008, semua mahasiswa boleh mendapatkan PTPTN anda melalui akan bank CIMB masing-masing.
2. Pendaftaran akademik adalah ONLINE dan mula dibuka untuk mendaftar pada 1 Julai 2008 hingga 8 Julai 2008. Sila rujuk laman web Bahagian Perkhidmatan Akademik untuk maklumat lanjut. ---> http://bpa.ums.edu.my/
3. Kepada pelajar yang telah menukarkan program anda dan maklumat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) belum diupdate, anda diminta untuk memaklumkan kepada Bahagian Perkhidmatan Akademik secepat mungkin untuk mengelakkan anda mengalami masalah semasa mendaftar kursus teras nanti.

Sekian, untuk setakat ini sahaja makluman dari saya.

Friday, June 20, 2008

Pupuskah lelaki?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya amat terasa apabila isu yang berkaitan diskriminasi seks sering dibangkitkan dalam media. Terbaru, isu "kepupusan" pelajar lelaki di IPT.Isunya bermula apabila berlaku pengurangan terhadap pelajar lelaki dalam kemasukan ke IPTA baru-baru ini. Dikhabarkan juga bahawa dalam kelas di pusat pengajian tinggi awam negara terdiri daripada 70% pelajar perempuan. Perkara ini seolah-olah ingin menjatuhkan martabat insan yang berjantina Lelaki. Cubaan ini tidak keterlaluan jika saya katakan ia bersifat untuk "memperbodohkan" orang lelaki muda yang ada di negara ini. Disni saya ingin membuktikan kepada anda semua. Terutamanya wanita-wanita yang ada di IPT seluruh negara. Dari segi taraf, wanita tidak boleh dipinggirkan. Kerana tanpa wanita, lelaki xkan dapat wujud di dunia. Juga tidak dilupakan bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu yang seorang wanita. Jadi, pada pandangan saya, isu sebegini mungkin boleh dibangkitkan bagi membangkitkan semangat lelaki. Tetapi, golongan wanita pula hanya asyik memperlekehkan lelaki. Kononnya lelaki banyak memenuhi pusat serenti di seluruh negara.

Terdapat banyak bukti yang boleh membuktikan bahawa kewujudan lelaki yang kurang di IPT tempatan sebenarnya banyak memberikan impak yang sangat mendalam malah positif dalam memacu kehidupan golongan belia di negara ini. Kita lihat sahaja dalam kepimpinan yang wujud di setiap IPTA, lebih 75% daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang memimpin mahasiswa di peringkat IPTA adalah dari golongan Lelaki. Kebajikan wanita di IPTA langsung tidak dinafikan walaupun asyik sahaja isu kekurangan pelajar lelaki di IPT menjadi persoalan apabila setiap kali tawaran Universiti dikeluarkan. Ini kerana hampir di semua IPTA mewujudkan satu wakil untuk memastikan kebajikan dan hak golongan wanita yang ramai di IPTA dijaga dan dikekalkan. Seperti kami di UMS, kami mewujudkan jawatan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan hak2 wanita di sini sentiasa terjamin dan terjaga. Apa yang pelajar wanita lakukan dalam menyokong golongan mereka sendiri???? Tidak banyak yang dilakukan. Apa yang banyak dilakukan ialah mengkritik dan mengata.

Justeru itu, dalam merapatkan jurang antara jumlah pelajar lelaki dan wanita di IPT, tidak perlulah dilakukan provokasi terhadap pelajar lelaki. Ini kerana pelajar lelaki xmungkin akan terasa dengan provokasi sebagini kerana orang lelaki sentiasa verstyle dan mampu mengawal perasaan dengan baik..


Hidup lelaki!

Thursday, June 19, 2008

Harapan baru untuk NC baru

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Tadi saya sempat membaca perutusan dari Naib Canselor baru UMS, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon melalui laman web rasmi UMS (http://www.ums.edu.my). Salah satu tekad yang saya rasa penting untuk kejayaan UMS pada masa depan ialah

"Pertama sekali, saya ingin menekankan aspek sahsiah diri dan integriti di kalangan warga
universiti di mana setiap kakitangan perlu mempunyai nilai-nilai murni yang utuh dan
bekerja sepenuhnya untuk kepentingan universiti. Kita juga perlu mempersiapkan diri
dengan pelbagai pengetahuan dan memantapkan ciri-ciri keperibadian masing-masing."

Integriti, merupakan masalah utama yang saya sokong kiranya diberi penekanan dalam pentadbiran di UMS. Ini kerana keadaan semasa membuktikan bahawa masalah integriti semakin menjadi-jadi, xkiralah dari golongan ahli politik mahupun dari golongan intelek. Jadi, saya di pihak MPP amat mengharapkan agar hal-hal berkaitan mahasiswa di sini tidak lagi dipandang remeh. Matlamat penubuhan UMS adalah untuk mewujudkan golongan intelek yang mampu memberikan jasa dan bakti kepada rakyat. Justeru itu, tidak sewajarnya usaha murni ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya.

Semoga UMS terus Bertekad Cemerlang dalam memastikan Visi dan Misi utama penubuhannya tercapai. Kami di MPP sentiasa berusaha bagi memastikan mahasiswa menjadi teras utama dalam menerajui keunggulan ummah.

Tahniah sekali lagi atas perlantikan Datuk Kamaruzaman atau lebih glamour dengan nama Datuk K sebagai Naib Canselor UMS yang ke 3. Insyaallah UMS akan lebih gemilang di bawah kepimpinan Prof.

Wednesday, June 18, 2008

Istiadat di hari Datuk Mohd Noh sebagai NC.

Salam sejahtera,

Tadi petang, jam 5 saudara presiden ajak kami beberapa MPP untuk ke Canselori, untuk memberi tabik hormat terakhir kepada Datuk Mohd Noh semasa hari terakhir beliau "punch card". Majlis ringkas ini dihadiri oleh hampir semua staff di banggunan canselori dan juga staf-staf lain xkira ahli akademik dan kami di pihak MPP juga turut menghadirkan(walaupun kami xdiemput). Alasan utama kami hadir ialah untuk tunjukkan kepada Datuk Noh bahawa pihak MPP turut menjadi tenaga penggerak utama semasa beliau memimpin UMS ni. Di sini disertakan beberapa gambar untuk tatapan pembaca sekalian.

Bahagian Keselamatan UMS memberikan tabik hormat Naib Canselor untuk Datuk Noh.

Antara dif-dif jemputan yang hadir..

Semasa Datuk Noh bersalaman dengan pegawai keselamatan.

Datuk Noh dan naik keta. Situasi yang agak menghibakan.
Inilah pimpinan UMS yang baru. Lt. Kol. Prof. Datuk Kamaruzaman Hj Ampon.
Semoga dengan kepimpinan baru UMS ni akan memberikan satu sinar baru untuk semua mahasiswa dalam Bertekad Cemerlang dan menjana keunggulan ummah terutamanya untuk kebahgiaan rakyat Sabah.

Monday, June 16, 2008

Majlis Jasamu Dikenang Datuk Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Salam sejahtera,
Malam tadi diadakan satu majlis khas untuk Datuk Noh dengan MPP dan HEP. Gambar semasa program xdapat disiarkan sekarang sebab xdapat lagi dari pihak HEP. Tapi, sempat la saya dan saudara Inmran, Setiausaha Kehormat dari KAL untuk menyampaikan 10 rangkap pantun yang dikarang khas untuk Datuk Noh. Berikut ialah pantunn 4 kerat yang disampaikan.

Bunge reflesia kembang bersemi,
Jadikan UMS lebih berseri,
Ini persembahan dari kami,
Untuk Datuk Noh pantun diberi.

Pramugari Air Asia Berbaju Merah,
Terminal 2 Di Tanjung Aru,
18 Mac 2005 Tarikh bersejarah,
Mengorak langkah kehidupan baru.

Jalan berkelah sampai ke Tuaran,
Jalan bersama Datin Mariati,
Ranjau berliku banyak cabaran,
Namun semangat menggunung di hati.

Sampai ke UK menuntut Ilmu,
Dengan niat yang amat murni,
Kami kagum akan peribadimu,
Menjadi inspirasi anakanda di sini.

Sungguh bahagia menjadi suami,
4 putera, 3 puteri,
Mendekati rakyat polisi kami,
Universiti Rakyat nama diberi.

Lesung pipit penyeri muka,
Tatkala tersenyum seungguhlah tampan,
Banyak suka banyak duka,
Tidak dilupa setiap pengorbanan.

MPP & HEP tidak berlaga,
Saling berhubung dekat di hati,
Korban masa korban tenaga,
Hingga Megalab jadi realiti.

Mari Berkayak Hingga Ke Labuan,
Pergi ke Labuan mencari Maggi,
Jangan lupa jaga kesihatan,
Walau bekerja hingga ke pagi.


Bertekad cemerlang sentiasa di hati,
Siswa & siswi sentiasa disapa,
Patah tumbuh hilang berganti,
Jasa Datuk Noh tidak dilupa.

Wahai Datuk Noh NC Cemerlang,
Semoga Datuk sentiasa sihat,
Doakan PMUMS terus gemilang.
Pencetus keunnggulan ummah sejagat.


Hasil Nukilan Oleh:
Hilal Azmi
Mohd Inmran Sahul Hamid

Friday, June 13, 2008

Perasmian Selangkah Ke Menara Gading Siri 4.

Salam sejahtera,

entry kali nie nk ceta sket pasal Perasmian SEMEGA Siri 4 ari tu.
Nie ada gambar sket utk tatapan pembaca sekalian.


Ini antara VVIP yang datang... Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin.





Semasa Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr Shariff Ak Omang sedang berucap.




SEMEGA Siri 4 ni dikatakan paling istimewa kerana diadakan dengan kerjasama GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) Cawangan Sabah. Pada pendapat saya, perkara ini agak pelik, kerana GPMS setahu saya berada di kawasan Semenanjung Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah menjadi Presiden GPMS suatu masa dahulu.

Kesian juga dengan team SEMEGA yang diketuai saudara Amir Shah. Banyak perkara ad-hoc yang diorang kena buat untuk pastikan perjalanan majlis lancar. Biarpun begitu, segala kesulitan dapat dikawal dengan baik oleh pihak penganjur (siswa siswa UMS). Kalo boleh diberi rating, boleh diberikan 3 bintang dari full 5 bintang.
Semoga SEMEGA tahun depan akan lebih matang. Kalau sekalipun ingin diadakan sebarang kerjasama dengan pihak luar,harap janganlah mahasiswa UMS seolah-olah dipergunakan dalam memastikan kepentingan politik sendiri.
Sekian, terima kasih.

Jawapan untuk Forum di UMSCampusZone!! Friendster Group bertajuk "MPP Lagi"



Assalamualaikum & salam sejahtera,


Untuk kali ni saya terpanggil untuk menjawab satu persoalan yang menjadi bualan hangat di pihak rakan-rakan siswa di UMS berkaitan satu isu yang dibangkitkan dalam ruangan forum di Friendster UMSCampusZone!! Group. Persoalan yang ditimbulkan oleh Yutaka adalah seperti berikut:

(Petikan diambil dari UMSCampusZone!! Group di www.friendster.com)

Pada pendapat saya, memang betul, Islam bukan agama paksaan. Kita kena selusuri betul2 apa maksud petikan yang diambil dari Al-Quran ini. Apa maksudnya? Islam merupakan satu cara hidup, agama Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menganuti Islam. Itu yang dimaksudkan dalam ayat ini. Akan tetapi, wujud salah definisi oleh umat Islam yang menggunakan petikan Al Quran ini untuk "memudahkan" kehidupan mereka.
Tidak dinafikan juga bahawa Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk dimudahkan. Justeru itu, tujuan pihak penganjur untuk berbuat demikian adalah untuk memastikan jemaah untuk solat hajat tue lebih ramai. Tak dinafikan, paksaan tu salah kalau salah pada tempatnya. Tetapi, paksaan tue perlu bila usaha untuk membangunkan dan mendoakan kejayaan bersama tidak disokong oleh umat sendiri. Jadi, pada hemat saya, tuduhan sebegini tak perlu timbul kerana ia akan memberikan kesan negatif pada masa depan. Takkan la kalau anak kita xsolat kita xleh pukul. Kan? Kita pula yang berdosa kalau anak kita xdipukul sebab x solat. Jadi, sebagai peneraju keunggulan ummah, marilah kita sama-sama fikirkan.

Perjumpaan Dengan Bahagian Perkhidmatan Akademik.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pagi tadi jam 10 pagi seramai 8 orang MPP telah berkunjung ke Bahagian Perkhidmatan Akademik di Tingkat 3 Banggunan Canselori. Tujuan utama kami ialah untuk merapatkan hubungan Persatuan Mahasiswa dengan pihak BPA bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan BPA bertambah baik dan juga perkhidmatan yang diterima pelajar juga bagus.

Pertemuan lebih kurang 1jam setengah itu banyak membincangkan berkaitan dengan dasar yang digunakan oleh pihak BPA dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.

Akan tetapi, apa yang menakutkan dalam perbincangan kali ini, situasinya menjadi sangat panas semasa di pertengahan perjumpaan dengan pihak BPA ini. Apa yang berlaku, apabila pihak saya menanyakan berkenaan kualiti kaunter perkhidmatan pihak BPA, beliau minta komen dari pihak saya. Jadi saya pun memberikan pendapat bahawa di kaunter BPA kurang berkualiti. Apa yang saya maksudkan ialah kurang berkualiti dari segi pengurusan dokumen pelajar dan juga pengurusan dalam menguruskan pelanggan yang datang ke kaunter. Apa yang terjadi pada saya, saya dituduh untuk mengatakan bahawa pihak BPA tidak berkualiti.

Maka berlakulah pula perbahasan dengan pihak BPA berkaitan "kurang berkualiti" dengan "tidak berkualiti". Saya pon menjelaskan & menegaskan bahawa perbezaannya sangat ketara dengan memberikan analogi makan. Kurang makan dan tidak makan berbeza kan??? Nasib la terjawab juga persoalan diorang nie.. Takut kontroversi plak nanti. Tapi alhamdulillah perjumpaan kami tu mendapat kata putus yang agak menarik.

  1. Kami akan terus saja menghubungi pihak BPA sekiranya berlaku masalah berkaitan masalah pelajar di BPA.
  2. Pendaftaran untuk pelajar tahun 3 dan ke atas, masih manual manakala untuk pelajar tahun 2, online macam biasa.
  3. Pendekatan untuk mengantarabangsakan UMS dijalankan dengan mewujudkan Buku Prospektus & Buku Ringkasan Kursus dalam English.

Kesimpulannya di sini, kiranya rakan-rakan siswa ada masalah dalam mendaftarkan kursus nanti ataupun masalah ketika pertukaran program, bolehlah menghubungi mana-mana MPP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Monday, June 9, 2008

Laporan Bergambar Lawatan PMUMS ke IPT Lembar Klang.

Salam Sejahtera,
Ini adalah antara gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan kami.

Semasa sampai di Parlimen, Kebetulan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Idris sampai di kawasan parlimen. Kesempatan diambil untuk bergambar.



Ini gambar ketika dalam Dewan Rakyat bersama YB Dato Idris,Timbalan Menteri pengajian Tinggi, ini adalah peluang Eksklusif oleh pihak Parlimen Malaysia untuk MPP UMS bagi merakamkan gambar di dalam parlimen. Ini keran semua pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kamera ataupun handphone di dalam kawasan parlimen atas sebab keselamatan. Terima kasih sekali lagi.


Gambaran sebenar Dewan Rakyat.


Sarapan Pagi... Bayar sendiri ni...


Semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Beramai-ramai di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Di depan Library Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.



Ketika di Universiti Malaya = Mini Malaysia..
Di pagi hari, sebelum Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi bersedia untuk menerima lawatan dari kami..


Di Istana Kehakiman, Putrajaya. Lawatan kami mencatatkan sejarah apabila menjadi pelawat pertama dari organisasi di Borneo yang datang melawat Istana Kehakiman.... Satu rekod yang pasti membanggakan UMS...






Di Universiti Putra Malaysia, Tempat kami menginao & mendapatkan perkhidmatan pengangkutan... Terima kasih banyak2 kepada pihak UPM kerana sudi menerima kami.

Sunday, June 8, 2008

Jawapan Selamat atau Jawapan Politik??

Salam sejahtera,
Baru-baru ni MPP UMS ada membuat lawatan ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat sendiri bagaimana keadaan di KPT secara "live". Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pihak MPP UMS antaranya:
1. Isu Perpaduan yang tidak mendapat tempat dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi (soalan ini diulang kembali kerana semasa Mesyuarat MPPK, soalan yang sama ditanya akan tetapi x dijawab).
2. Isu kenaikan harga minyak yang membebankan mahasiswa dan PTPTN yang x dinaikkan dengan keadaan ekonomi semasa.
3. Isu 50% diskaun untuk mahasiswa mendapatka tiket penerbangan. (dan lebih 7 tahun isu yang sama ditanya)

Jawapan yang kami dapat:
1. Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dibuat, akan tetapi, apa yang boleh dilakukan ialah program perpaduan boleh ditekankan dalam Action Plan nanti... (apa yang menjadikan isu ini xdijawab dengan baik, pertama, isu perpaduan menjadi semakin penting dalam situasi Malaysia selepas 50 tahun merdeka sekarang. Sebab itu diwujudkan Kementerian Perpaduan, Kesenian & Warisan. Jadi, bagaimana isu berkaitan perpaduan ini boleh dilupakan semasa membuat teras dalam Pelan Tindakan Strategik Pengajian Tinggi yang lebih dikenali sebagai PSPTN ni.. Kalaupun pihak pembuat dasar terlupa semasa merangka pelan tindakan ini, saya berpendapat, ia boleh dipinda sedikit bagi memastikan cita-cita kita untuk mewujudkan Bangsa Malaysia pada 2020 nanti menjadi kenyataan).

2. Harga minyak naik sebab berlaku ketidakadilan dalam pemberian subsidi. Kos Petronas yang meningkat hinga 200% dan juga golongan kaya lebih bnyak guna minyak dan mereka ni yang lebih dapat subsidi kerajaan. (pada pendapat saya, perkara ni bukan perkara pokok yang rakyat inginkan. tapi apa yang rakyat mahukan ialah kenapa tiada jawapan yang lebih konkrit dalam membuktikan bahawa harga minyak perol wajar ditingkatan sehingga 78 sen seliter yang mengejutkan rakyat & seterusnya membebankan rakyat. Bayangkan, inflasi di negara kita dijangka mencapai 5% pada bulan Jun ini.)

3.Pihak KPT dah berjumpa dengan pihak Air Asia & MAS dalam hal ini. Kedua-dua pihak setuju untuk memberikan diskaun untuk tiket kelas Y (yang full fare ticket @ mudah cakap, yang mahal punya).Pihak MPP akan dijemput dalam perjumapaan selepas ini. (Ini jawapan dari pihak KPT kepada kami bila ditanya berkenaan soalan ini. Apa yang menyedihkan kami di pihak MPP, isu ni dah dibangkitkan sejak 5 hingga 7 tahun akan tetapi, kita hanya kuat bercakap saja. Implementasinya amat kurang. Ini budaya yang ada dan perlu dibendung dengan lebih cepat & bersih.)


Kesimpulan dari sini, pembaca b0lehlah menilai sendiri bahawa jawapan yang diberikan pihak KPT ini sebenarnya hanya ingin menyedapkan hari MPP ataupun mereka ini cuba untuk mengalihkan pandangan MPP terhadap sesuatu isu. Fikirkanlah..

Wednesday, June 4, 2008

Minyak Naik Lagi...

Salam...
Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang kenaikan harga minyak dalam pasaran negara kita... kenaikan yang mencecah 40% ni mengejutkan rakyat di negara kita kerana ia berkuatkuasa tepat 12 tengah malam 5 Jun 2008. Kini harga minyak petrol RM2.70 naik sebanyak 78sen manakala diesel pula, naik sebanyak RM1 kepada RM2.58..

Berikut adalah kemungkinan yang bakal melanda negara:
1. kemungkinan kepada kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "meraih simpati" YB untuk lompat parti mungkin menjadi kenyaaan.
2. kepimpinan Pak Lah mungkin akan dikecam dengan lebih teruk oleh pimpinan yang lalu (terutamanya Tun M).
3. Kenaikan harga minyak bakal mengundang spekulasi lain yang memberikan kesan besar kepada peniaga-peniaga kecil, terutama peniaga bumiputera.


Apa yang boleh kita lakukan??
1. Bersyukur dengan segala nikmat dari Allah.
2. Kurangkan pergerakan dengan menggunakan kenderaan bermotor
3. gunakan tenaga secara effektif bagi menjimatkan penggunaan bahan bakar.
4. Banyakkan penyelidikan berkaitan guna tenaga yang boleh diperbaharui.


Kesimpulannya, gunakan segala sumber yang ada sebaiknya bagi kesejahteraan kita dunia dan akhirat..

Tuesday, June 3, 2008

Penubuhan Blog MPP

Salam sejahtera, di sini diwujudkan satu blog khas berkaitan isu-isu yang diperjuangkan oleh Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar UMS. Justeru itu, saya mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen dari anda semua untuk meningkatkan lagi mutu kepimpinan Persatuan Mahasiswa UMS.

Sekian, Wassalam